Thursday, April 23, 2009

Pertandingan Debat Antara Sekolah Malaysia Kali Ke-8 2009 Kembali!!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Besok, 24hb April 2009 (Jumaat), pertandingan debat antara sekolah menengah terbesar di Malaysia, yakni Pertandingan Debat Antara Sekolah Malaysia Kali Ke-8 2009 atau lebih dikenali sebagai 8th Interschool Debating Championship 2009 akan bermula dengan pendaftaran para peserta dan kontinjen-kontinjen dari seluruh negara.

Setakat ini, 121 pasukan telah berdaftar untuk kategori Bahasa Inggeris dan 109 pasukan untuk kategori Bahasa Melayu, dari 96 buah sekolah di seluruh pelusuk tanah air Malaysia.

Sabtu, 3 pusingan awal, Ahad 3 pusingan awal dan Isnin bermulalah pusingan kalah mati atau nama positifnya menang mara.

Kepada sesiapa yang menyertai pertandingan ini, good luck and all the best!!

Saturday, April 18, 2009

Cuti Sebentar Sahaja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Wah, sekian lama, akhirnya berkesempatan lepas menulis pasal sakit kepala hari tu. Kesan lepas sakit kepala tu memang lahar lar kan, jarang sangat aku kena ambik panadol untuk melegakan sakit kepala, tapi hari tu, dah darurat sangat, terpaksa lar telan sebijik panadol.

Akibatnya, exam Company Law 1 memang sangat susah. Rasa macam nak nagis jah. Terus terrasa mimpi ngeri waktu Family Law 1 (non-Muslim) punyer macam berulang kembali. tapi waktu tu memang nasib sangat-sangat. Dengan CAM (continuous assessment marks) yang sangat rendah, 21/40, yang adO sangat. Bayangkan test per 30, aku dapat 11.5 ke 12 jah, kesan tak sempat baca buku lepas balik tengok Carnival MC-RMC kat RMC waktu tu. Yang adO!! Akhrinya Family Law 1 aku berakhir dengan lulus and kalau tak silap dapat C+, tu pun dah cukup bersyukur. Company Law 1 pulak? Moga-moga nasibnya sama yakni lulus, cuma berharap grade yang lebih baik kot..huhuhu

So, hari Khamis pagi aku ambik tiket balik Kulim, Kedah. Sampai Kulim dalam 4 petang. Dalam bas duduk sebelah mak cik ni (tapi dia bahasakan diri dia sebagai akak, macam mana ni?) Huhuhu.. Agak lar frenly. Katanya nak balik Serdang, ada hal family. Then hari Jumaat petang, buat pertama kalinya aku ambik bas sendiri ke Butterworth (selama ni tak pernah ok?) Cuak jugak menanti pasti bas 506, dalam 45 minit menunggu tu, tak kunjung tiba jua. Sempat pulak aku settele kan pasal nak lewatkan attachment aku dengan Court Butterworth (nak menggabarkan betapa lambatnya bas 506 tu kan).

From Butterworth, aku ambik bas ke koleq, niat aku bersifat serampang 2 mata; 1)nak tengok budak debate training and 2) pasal nak melepak for Old Boys Weekend (OBW) tapi apa yang jadi adalah, aku hanya sempat train budak-budak ni pasal tak dak geng nak melepak for OBW. Lagipun aku boleh stay 1 malam jer pasal tak dak orang jaga rumah kan. So, sepanjang waktut u, melepak lar dengan Aslam (Class of 07) yang dok bangga dengan title Pengerusi Terbaik Negeri untuk Pertandingan Forum Remaja Negeri Pahang dia tu, malas nak layan. Abg raf pualk sampai tengah malam tu.

Pagi Sabtu, seperti yang dirancang, kitorang kena conduct exam untuk budak-budak ni, untuk tau sejauh mana persediaan diorang before 8th Interschool Debating Championship 2009 next weekend (24-29 april 2009). So, exam pun dijalankan seperti biasa. Berikut merupakan antara gambar-gambar karenah masing-masing semasa dan selepas menjawab soalan exam (under estimate aku lagi kan?) Siap ada yang punyer tak reti nak jawab sampai tertido, tanda give up. Huhuhu













Then petang tu aku rushing balik kuarters guru pasal bas aku untuk balik Butterworth jam 4.15 pagi. Aslam pun tumpang kelam kabut sekali. Terima kasih lar kat Abg Syed Asrul (Class of 94) yang sudi untuk tolong hantar kitorang ke stesen bas, kalau tak dihantar tadi, rasanya memang dah tertinggal bas dah. Huhuhu.. So, dalam pukul 5.50 petang sampai pulak Butterworth and then kebetulan bas 506 pun dah ada, terus lar naik and gerak balik ke Kulim. Sampai rumah tadi pukul 7 maghrib.

And besok (Ahad), jam 2.30 petang, tiket aku balik KL pulak for preparation Interschool. Isnin ni ada mass gath tapi banyak benda tak prepare lagi. Yang adO!! Apa-apa pun, doakanlah kejayaan kitorang dalam mengendalikan Pertandingan Debat Antara Sekolah Malaysia Kali Ke-8 2009 ini dan bagi mereka yang bergelar budak koleq, doakanlah moga-moga koleq mampu menghiasi pentas pertandingan akhir lagi tahun ini dengan beraksi di atasnya. Insya Allah, Allah hanya akan membantu orang-orang yang berusaha.

ALL OUT AND BE STRONG!!!

Wednesday, April 8, 2009

Pening Kepala~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Since malam semalam (7th April 2009) sampai petang hari ni (8th April 2009), aku berhadapan dengan penyakit sakit kepala yg AGAK crucial, tak tau lar kenapa. Nak kata tak cukup tido, tak gak, dah qada tido tapi still kepala berdenyut-denyut gak. Betapa azabnya sakit kepala tadi, aku boleh TERmuntah skit tadi, tu pun macam light-light one jah. Tapi tadi lepas lunch dalam pukul 3 lebih, menjamah (bukan Mak Jamah yer) Kyros Kebab and then telan panadol sebiji, lelapkan mata sekejap, barulah rasa OK skit...

Tapi bayangkan, masa yang aku dah terlepas untuk study. Malam semalam, hari ini dari pagi sampai 3 petang, down!! Ini maknanya, kena all out untuk cover banyak topics for Company Law 1 ni.. Walaupun paper ni exam hari Sabtu petang, tapi hari Jumaat aku ada paper Methods of Da'wah, so macam tak sempat nak study kalau start baca lepas Methods of Da'wah tu, haruslah bermula dari sekarang...


BN hanya menang di Batang Ai (ke Air? ntah!) and melahar di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Hahaha.. Aku pun pening gak bila fikirkan pasal BN and politik kat Malaysia ni. Aku malas nak komen, macam mana parti yang dalam 10 tahun sebelum ni menjado sangat kuat, hari ni dalam keadaan tenat, perlu segera diubat, namun tiada siapa yang rela merawat. Dahsyat~


Aku saja jer message Danial Izzat (budak mtrx UIA yang verangan jadi ahli UMNO seumur hidup) malam semalam lepas keluar semua official result pasal by-elections tu, ayat klise orang UMNO dari dia adalah, "undi terhadap BN semakin meningkat, maknanya BN semakin diterima oleh rakyat".. Yer lah tu, yang adO! Aku tunggu ayat klise 1 lagi jer dari dia lepas Pakatan Rakyat menang tu "situasi ini membuktikan demokrasi di Malaysia semakin subur" tapi tak keluar-keluar pulak. Yang adO! Hahaha... Aku bukanlah penyokong mana-mana parti politik, aku pernah jer mengkritik tindakan sesetengah ahli politik yang nak jadi kerajaan menjelang 16 September 2008 (aku kritik depan member aku jer lar, bukan kritik depan ahli politik tu), and pernah jer aku kritik amalan politik wang yang kian serius, tapi dilepaskan dan dipandang sebelah mata.

Krisis politik di Malaysia akan menjadi semakin kritikal, seandainya ahli politik di Malaysia terus bercandukan kuasa dan bertuhankan harta.

Wallahualam fi sawwab (you tanya I tak tau jawab)

Friday, April 3, 2009

Gambar Kenduri Kakak (26-27 Disember 2008)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi tadi (3 April 2009), aku ada exam paper Land Law 1, agak payah and susah. So, lepas solat Jumaat tadi, nak menenangkan diri jap, online lar sekarang ni. Seronok bukak Facebook, tengok gambar-gambar kakak kawin hujung tahun last year. Gambar official yang dia dah assign photographer dia ambik tak siap-siap lagi sampai ke sudah, yang adO? Bila nak siap, aku pun tak ta, dah dekat 5 bulan dah kawin.

Tiba-tiba rasa nak buat review pasal kakak aku kawin hari tu, bukan apa, hari t kan aku cerita skit (skit jer lar kan) pasal Cik Da kawin, so macam unfair pulak kalau kakak sendiri kawin tak cerita kat sini. Gambar-gambar ni semua aku ambik kebanyakannya daripada Pak Ngah Ikhwan punya album kat Facebook, macam lawa jer kan, so ambik lar kan. Hahaha...
Ok2...

Saksikanlah~


Pertunangan (26hb Disember 2008-Jumaat)







Akad Nikah (26hb Disember 2008-Petang Jumaat)








Kenduri (27hb Disember 2008-Sabtu)









Kenduri Di Kelantan (1hb Januari 2009-Khamis [kalau tak silap lar])




Behind the scene:

1) Coba korang tengok kedudukan dan konsep pelamin waktu kenduri dan waktu bertunang.
2)Terima kasih kepada kawan-kawan, cikgu yang datang waktu kenduri hari tu: Cikgu Rosiah, Hikmee, Babloo, Muiz, Rozairee, Bean, Pojie, Tengku Haqimah, Exora, Dodu, Fendy Gem, Rashidoon dll.
3) Special thanks to Muiz and Rozairee yang tolong aku gantung and turunkan banner waktu kenduri hari tu (siap tido kat rumah lagi, tak tahan betul.hahaha)
4) Sedar tak sedar, mesej yang aku dapat adalah, turn untuk kawin lepas ni adalah AKU, alamak! Macam mana ni? Girlfriend pun tak dak lagi.
Susah-susah sangat, suruh mak aku jer lar cari, boleh tak? Kalau tok aku yang cari, sah-sah lar dia cari yang tudung labuh jah. Hehehe...


Kini aku hidup dalam kegusaran.....