Thursday, November 26, 2009

Aidil Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alif Imran dan Izz Azfar (sepupu)


Besok (27hb November 2009), umat Islam di Malaysia (dan beberapa buah negara yang lain) akan menyambut Hari Raya Aidil Adha (juga dikenali sebagai Hari Raya Korban). Aku baru tiba di rumah (Kulim) malam semalam, dalam pukul 11.45 malam-12 tengah malam. Alhamdulillah.

Akan pulang semula ke UIAM (Gombak) hari Sabtu ni kerana ada agenda dan pengorbanan yang lebih besar yang perlu dilakukan iaitu persiapan menjelang Debat Di Raja 2009, yang akan berlangsung di UM dari 3-8 Disember 2009.

Izz Azfar (sepupu)

Bukan mudah untuk berkorban. Bagi mereka yang tidak pernah merasa peritnya bergelar seorang pendebat, tidak kiralah sekolah mahupun universiti (ataupun orang yang menjadi tulang belakang kepada pasukan debat-jurulatih (coaches), pasukan pengurusan dan lain-lain lagi), mungkin mereka tidak tahu atau tidak sanggup mengorbankan sesuatu yang sudah menjadi keselesaan buat mereka. Sekiranya mereka diminta untuk berkorban, pasti sejuta alasan akan diberikan.

Ini bukan satu pandangan skeptik ataupun sinis, ini adalah satu fakta, bukan auta. Sesuai sangat entri kali ini ditulis, bertepatan dengan pengorbanan kami (pendebat UIAM) sempena Pertandingan Debat Di Raja tidak lama lagi. Mungkin pengorbanan kami ini ada harganya yang tersendiri. Segalanya telah tertulis di atas sana.

Raya korban kali ini juga adalah kali pertama aku bergelar seorang Uncle secara rasmi. Sebelum ini hanya menjadi uncle tidak rasmi kerana menumpang gelaran atas anak saudara sepupu-sepupu yang sudah berkahwin dan beranak pinak. Kali ni baru real!! Hehehehe..


Nur Safa Humaira bt Mohd Fariz (niece)


Kepada mereka yang bakal menyertai Pertandingan Debat Di Raja 2009, selamat berjuang!!

Kepada mereka yang beragama Islam, Selamat Hari Raya Aidil Adha!!

Saturday, November 7, 2009

AGM Kelab Debat Bahasa Melayu 2009/2010

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

29 Oktober yag lepas, telah selamat berlangsungnya AGM Kelab Debat Bahasa Melayu (KDBM) UIAM (sekarang kena letak nama universiti, dulu-dulu tak payah pasal ada 1 jer KDBM, sekarang dah banyak yang mengikut kan, so mungkin ini boleh dianggap sebagai 1 perkembangan positif dalam dunia debat, tu pun ada orang yang nak tukar nama lagi, haish~) .

Anyway, AGM tersebut telah berlangsung di LT 1, Admin bermula jam 9.30 malam. Bermula agak lambat kerana kebanyakan ahli ada kelas malam tu (kelas ganti, yer lar, semester ni kan banyak cuti, lagi-lagi hari Isnin).

Kehadiran pada malam itu boleh tahan jugak lar, mengambil kira ada orang yang ada test, kena prepare for presentation, submit assignment dan lain-lain lagi kan.

Berikut merupakan senarai kabinet baru KDBM UIAM untuk Sesi 2009/2010:

Presiden :
Muhammad Izzat Md Jonid

Naib Presiden:
Mohd Zakwan Adenan

Setiausaha:
Mohd Ezuwan Ahmad

Naib Setiausaha:
Yoges a/p Verasuntharam

Bendahari:
En Azmi Manap

AJK:

Latihan
Mohd Firdaus Zainal Abidin

Aktiviti
Mohd Fakhruradzi Tajudin

Studio
Mohd Redza Bakhtiar

Dokumentasi
Najwa Rosli


MISI:

Mengembalikan kegemilangan KDBM UIAM

Thursday, November 5, 2009

Lepas tension~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Seindah Biasa



Jalan pernah takut ku tinggalkan
Saat bintang tak mampu lagi berdendang
Saat malam menjadi terlalu dingin
Hingga pagi tak seindah biasanya

Korus
Takkan mungkin kita bertahan
Hidup dalam bersendirian
Panas terit hujan badai
Kita lalui bersama

Saat hilang arah tujuan
Kau tahu ke mana berjalan
Meski terang meski gelap
Kita lalui bersama

Ku tak bisa merubah yang telah terjadi
Tapi aku akan menjanjikan yang terbaik
Agar kita tak pernah menjadi jauh
Meski beza dermaga untuk kita berlabuh

Ulang Korus

Pernah kita jatuh
Mencuba berdiri
Menahan sakit dan menangis
Tapi erti hidup lebih dari itu
Dan kita mencuba melawan



Saja jer nak post video ni.
Lirik dia banyak maksud tersirat.
Enjoy~


p/s: susah geLL Trust.....

Tuesday, November 3, 2009

Final Exam for Sem 1 2009/2010



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Maaflah kerna sudah lama tidak update blog ni. Orang kalau lama tak update blog mesti guna istilah 'bersawang' kan? Klise sangat. Huhu.. Coba cari istilah lain macam berdebu ke, bersarang labah-labah ke, kan? (Motip sangat aku membebel petang-petang ni)




Ok, schedule fo final exam for this sem, adalah seperti berikut: (wah, ala-ala announce ranking pasukan waktu Interschool jah~)

5 November 2009: Equity and Trust 2, 2.30 pm (subject yang aku paling takut, CAM rendah uolz)

9 November 2009: English for Academic Purpose (EAP), 9 am

11 November 2009: Company Law 2, 9 am

13 November 2009: Land Law 2, 9 am

16 November 2009: Usul Al Fiqh 2, 9 am

19 November 2009: Banking and Negotiable Instruments, 9 am


Begitulah al-kisahnya.

So sekarang ala-ala tengah stress lar pasal nak membaca Trust ni, sangat banyak cases and pening kepala, macam mana nak hafal. Yang lain-lain tu, ok kot. Ntahlah.



So kepada mereka yang bakal, telah mahupun sedang menduduki peperiksaan, good luck and all the best!! Jangan lupa banyakkan berdoa dan bertawakal kepada Allah.



p/s: to all members of the new cabinet of KDBM, its time to change and to cure the injury!!