Friday, August 28, 2009

Berbuka Puasa di Chilis

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Semalam (27 Ogos 2009), kitorang berbuka puasa di Chilis, One Utama. Kitorang terdiri daripada:


Wan Gem




Aku



Bo' @ Atan @ Pida



Kajol



Zakwan



Syazwan



Zaki @ JALmo



Nana



Mek

Actually iftar jamaie (bukak puasa ramai-ramai) ni sempena celebrate birthday kitorang yang lahir bulan Merdeka ni; aku-15 Ogos, Wan Gem-24 Ogos and Zack-31 Ogos. Best-havoc-kenyang-itu yang paling penting...seal!! Hehehe

Thanks u olz~


p/s: Gambar Ihsan Zakwan Adenan SMAP Kajang...


Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Mubarak


Salams.


My name is Shabaana, I am advising you that my neighbour Ramadhaan will be visiting you soon with his wife Rezk and two children Sahur and Iftaar. They will be accompanied by three grandchildren, Rahmat, Barakat and Toubat, they will leave after thirty days by Eid airlines. Treasure them and you will be blessed.



-izzat jonid-


Hidangan aku sewaktu bersahur tadi...

15 OGOS 2009

Aku dah berusia 22 tahun.

Alhamdulillah.

Umur 22 tahun ini aku rayakan di rumah (tak lar rayakan sangat sebenarnya pasal kat rumah hari tu ada tahlil untuk arwah Ayah and Arwah Wan aku. Malam tu diorang beli cake kat Secret Recipe and mak aku masak nasi goreng special yang agak lar pedas.

Aku dah 22 tahun tapi alamak!!

Single lagi, macam mana ni? Nervous pulak. Dah lar malam 15 Ogos hari tu, aku tengok Ayat-Ayat Cinta kat TV3. Alangkah seronoknya kalau ada girlfriend yang sealim dan sebaik watak Aisha atau Maria atau Nurul dalam movie tu.

Dan aku benar-benar mengidamkan watak Fahri tu benar-benar wujud dalam diri aku (walaupun agak tak logic jer sebenarnyer kan). Huhuhu…

Anyway, terima kasih kepada semua yang wish birthday aku hari tu, walaupun ada yang terlupa dan terlambat tapi tak pa, better late than never.

Terima kasih gak kepada Tengku kerana membuatkan aku puding hari tu, lagi-lagi dalam bekas berbentuk love (motifnya agak diragui kan?)
Tapi sedap lar puding tu.



Terima kasih bangat~


p/s: Sekarang aku baru mengerti, antara cinta dan keinginan untuk memiliki-tidak sama.

Debate Updates


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Maaflah semua kerana sekian lama tak update blog ni. Bersawang, berhabuk abis kan? Nak buat macam mana, kehidupanku sebagai seorang student (universiti) agak dahsat, boleh tahan lar busy. Ya lah, siang (pagi sampai petang) pergi kelas, malam pulak ada training debate. Kebiasaannya, aku hanya akan sampai di bilik lepas abis training dalam pukul 2 pagi (ya lah, nak clear sampah sarap budak-budak ni lagi, susun kerusi etc. Diorang ni nama jer dah besar panjang, tapi perangai still macam budak-budak, sampah sendiri pun tak reti-reti nak buang, tegur dah berpuluh kali, kalau marah, kita kena marah balik, dah tak dak disiplin, nak buat macam mana)


Debat Alam Sekitar 2009







Hujung bulan July hari tu, Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 (lebih fofular dengan gelaran DAS) diadakan di UTP. Di atas kertas, pasukan UIAM boleh dikatakan pasukan yang agak berpengalaman kerana di antara kami berempat (Syazwan, Kajol, Husna dan aku), ada yang pernah muncul juara dalam DAS sebelum ni dan ada yang pernah beraksi di pentas final DAS sebelum ni. Setelah survey dijalankan, pasukan lain yang agak berpengalaman adalah UPM dan UTP, selain daripada MMU yang menurunkan kombinasi Myer dan Nazwan yang sudah agak lama berdebat bersama, since di Debat Terbuka Arau dan ASTAR.




Keputusannya?


UPM muncul juara, naib johan disandang oleh MMU, pendebat terbaik pertandingan akhir dianugerahkan kepada Amiruddin (UPM).


Mana UIAM selaku pasukan yang menghiasi pertandingan akhir selama 4 tahun berturut-turut sebelum ini?


Suku akhir-kami tewas di suku akhir.


Dengan siapa?


UTP. Dalam pusingan awal, kami memperoleh 4 kemenangan, 2 kekalahan. Menang ke atas UTEM, UTP, UPM dan MSU. Tewas kepada UTP.


Maknanya?


Rekod pertandingan kali ni adalah-UIAM dan UTP bertemu 4 kali; 3 kali di pusingan awal,1 di pusingan kalah mati. Dan perjuangan UIAM mati di situ apabila ditewaskan dengan juri 2-3, memberikan kemenangan kepada UTP.


Perasaan?


Sedih dan kecewa. Ayat klisenye adalah ‘tiada rezeki’. Ada kebenarannya. Tapi, usah kita salahkan rezeki semata-mata tanpa melihat usaha dan iltizam kita dalam pertandingan kali ni secara keseluruhannya. Kalau kita sendiri kurang berdisplin-datang training lambat, waktu tournament lambat, training tak dak orang datang etc., agak-agak Allah nak bagi tak kita rezeki tu? ‘Kita’ dalam konteks ayat ini tidak hanya berfokus kepada pasukan itu sendiri, tetapi KDBM UIAM secara keseluruhannya. Mungkinlah aku tidak sesedih 3 orang yang lain iaitu Syazwan, Husna dan Kajol kerana aku direhatkan di dalam pertandingan ini. Mungkin kerana aku tak perform dalam training ataupun mungkin aku lebih sibuk memikirkan tentang duit elaun dan kebajikan teammate aku yang

bertujuh ini (campur Auzan, Nana and Pijat). Entahlah. Coaches lebih memahami. Yang penting, aku hanya memanaskan bangku simpanan. Sama ada aku simpanan yang

baik atau tidak, tanyalah rakan sepasukanku. Huhuhu..


Mungkin juga hakim-hakim mahukan pembaharuan dalam kalangan kami. Mungkin orang sudah buhsan dengan gaya dan cara kami dalam pertandingan kali ini. Apa bezanya UIAM dalam pertandingan kali ni berbanding dengan pertandingan yang sama tahun lepas atau 2 tahun lalu? Jawapan yang boleh diberikan secara jujurnya adalah hampir tiada.


Debat Kemerdekaan 2009



Pertengahan Ogos 2009, diadakan Pertandingan Debat Kemerdekaan 2009 di USIM, Nilai. Pasukan UIAM kali ini membariskan muka lama dan baru dan lama tapi baru nampa muka, aha~ (Husna, Kajol, Yoges dan Auzan). Aku hanya mengikuti perkembangan diorang dari jauh kerana au terpaksa balik ke Kulim kerana pada 15 Ogos 2009 telah diadakan majlis tahlil di rumah and tahlil ni dah dirancang sekian lama, since aku buat attachment kat court Butterworth lagi. Maaflah kawan-kawan. Family comes first. Ada orang kata, kalau aku tak balik Kulim, confirmed aku yang debate kali ni, tapi tak pa lah, aku ditentukan untuk tak debate kali ni. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Aku dikhabarkan yang diorang menang 5 perlawanan dalam pusingan awal (menang ke atas UUM, UTP, MMU, USIM dan UKM) dan tewas 1 perlawanan kepada UITM. Dengan kedudukan di ranking ke-2 di belakang UM, suku akhir UIAM bertemu dengan UPNM (Helman, Wan Ghazly dan Raja) dan alhamdulillah, UIAM menang dengan juri 4-1, Husna pendebat terbaik.


Di peringkat separuh akhir, seolah-olah sudah menjadi kewajipan untuk bertemu UTP dalam mana-mana pertandingan. Kombinasi yang mula dibentuk sejak Debat Arkib 2008 (Junny, Hairul dan Siddiq) boleh dikatakan agak berpengalaman, kombinasi ini jualah yang telah melenyapkan impian beraksi di pentas akhir DAS 2009 dan kali ini, ternyata, badi yang sama mengena apabila UTP sekali lagi berjaya menewaskan UIAM dengan juri 3-2 walaupun Kajol sebagai pendebat terbaik di dalam perlawanan itu. Sekali lagi kami dihampakan…


Tahniah kepad UTP kerana berjaya menjadi juara bertahan dalam pertandinga ini, tahniah juga kepada pasukan MMU yang berjaya memboloskan diri ke pertandingan akhir untuk 2 tournament berturut-turut, khusus kepada Myer kerana meraih gelaran pendebat terbaik pertandingan akhir.


Tindakan selanjutnya?


Berubah dan cari pembaharuan. Nasihat ini juga adalah untuk diriku sendiri. Tidak ada makna menuding jari, sebaliknya muhasabah secara sendiri dapat membantu kita menjadi pendebat dan manusia yang lebih berguna. Terima kasih kepada penyokong-penyokong yang turut mengikuti perjalanan ke UTP mahupun ke USIM. Kepada coaches dan ahli-ahli KDBM UIAM, maaflah kerana gagal melangsaikan bebanan ini dengan baik.


Perubahan bermula dengan diri sendiri. Kita yang memilihnya…

Thursday, July 23, 2009

July

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

1) Sorry lama geLL tak update, agak sibuk dengan urusan di kampus UIAM Gombak, maklumlah sem baru sudah bermula dan dah masuk minggu ke-2.

2) Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 akan diadakan di Universiti Teknologi Petronas (UTP), Tronoh, Perak. Pertandingan akan bermula hari Sabtu ini (25 Julai 2009) sehingga hari Selasa (28 Julai 2009).


3) Aku penat kebelakangan ini, bukan mengah ke apa tapi macam penat..itu sajorh~

Monday, June 29, 2009

28th June 2009 (Futsal and Konsert Dato Siti Nurhaliza)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekrang aku berada di KL.
Berada di KL dalam masa seminggu untuk bergumbira seketika selepas abis attachment kat court tu. Akhirnya sempurna..huhuhu..

Bertolak dari Butterworth pada hari Sabtu, 27hb Jun, dengan menaiki bas jam 3 petang, berkenderaankan bas Transnasional, aku sampai di Hentian Duta pada jam 7.04 malam. Dalam 8.15 mlaam macam tu baru Zack datang ambik bersama Syazwan, semua gara-gara menunggu Syazwan bersiap (kata Zack lar kan). akibat lama tak jumpa member budak debate UIA ni, malam tu aku tido pukul 4.30 pagi, tahniah!!

Keesokannya, 28th June 2009, Bean kejut pukul 7.30 pagi, kejut aku, buat wake up call untuk pegi tengok futsal kat Subang, dekat dengan area Sunway Pyramid. So dengan berbekalkan 3 jam tido, kelam kabut mandi semua, pakai contact lense lagi, aku pun ikut lar Bean pegi sana. sebelum tu pegi ambik Joebar kat rumah dia dulu.




Then sampai sama, ada lar Chip, Pali, Nasim, Lomu, Apez and ramai lagi lorr. Diorang sampai awal gell (kira awal lar tu pasal kitorang sampai diorang dah ada ada kat situ). Then dekat-dekat game nak start dah team 1 lagi pun sampai, team along, Fahim, Fuad, Arm, Hakim, Tampin, Afiqqkhan bersama dengan Mayhur, Mat Rock dan lain-lain (aku pun ala-ala malas nak type, ramai lar jugak). So aku spent time dengan diorang sampai abis game semi plate team Along, then aku kena gerak ke KLCC pasla nak pegi beli perfume and barang skit. Untukr ecord, perfume aku dah abis baru-baru ni, so kenalah beli yang baru and semalam aku pegi Parkson KLCC, beli perfume Armani Diamond, wangi lar, sedap, sweet, and dapat voucher RM30. Muahaha..

Dah abis beli barang semua, kat area lif KLCC tu, dalam perjalanan nak ke LRT, ternampak beberapa makhluk yang memakai baju cheering Koleq, tup tup, antaranya Popo and Shahir. Diroang kat situ bawak budak SSP and beberapa student form Indonesia jalan-jalan kat KLCC, sempena program Summit verangan yang buat kat koleq basru-baru ni. apa lagi, teruslah budak 2 ekor tu excited jumpa aku, siap tinggalkan member diorang lagi, sembang dengan aku punyer lama, siap hantar aku ke LRT lagi ni, tak tahan betul. Anyway terima kasih Popo and Shahir.
Malam tu aku ada agenda yang lebih ebsar, Konsert Eksklusif SATU Dato Siti Nurhaliza kat Istana Budaya.


Aku gerak dari UIA dengan Zack, Wan Gem and Syazwe, Abe Haq nak ke sana dengan scandal dia (aha~). So, malam tu before masuk dalam hall, kitorang bergambar sakan lar kat luar tu. Huhu.. Gambar yang lain nanti korang tengok alr kat Facebook ek? Zack tak upload lagi.. Hehehe..


Anyway, bagi aku, personally, konsert tu sangat best, and tambah grand bila Tun Dr Mahathir and Tun Dr Siti Hasmah pun pegi malam tu, memang meletz abis lar!! Kalau aku, out of 5, aku bagi 4 stars. Sebabnya?

Vocal CT memang lar best, sangat meletz TETAPI ada 1 baju yang dia pakai tu buruk, colour hjau pekat, ala-ala warna Kadet Remaja Sekolah (KRS), terus down..and props yang digunakan agak biasa saja, tak grand. So, deserve lar dapat 4 bintang. Yang penting, ada 2-3 orang lelaki yang agak 'lemah lembut' kat sebelah aku, memang bising and diorang memang sangat over excited, rimas aku!!



Lepas konsert tu kitorang tak sempat nak dapatkan signature dia pasal keluar dari hall dah pukul 11.25 p-m, kitorang kena rush balik UIA lagi, nak makan lagi, before tengok konsert tu memang lapar geLL. Selamat lar konsert yang bermula dengan opening act oleh Aizat and CT pulak start dengan lagu Hati dan berakhir dengan lagu Cahaya Cinta tu mampu melupakan perut aku yang kelaparan ini. Huhuhu..

Sekian dulu...



Saturday, June 27, 2009

26 jun 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Hari ni tamatlah sudah attachment program aku kat Mahkamah Sesyen/Majistret Butterworth. Alhamdulillah.. Komen panjang berkaitan attachment ni, tak payah lar kot. Cumanya, aku rasa program yang bercredit hour 5 macam ni, perlu assigned to the supervisor/master untuk bagi students tu some work to do because kalau tak, memang jadi macam aku lar, termenung jauh jer selalu. Cuma di akhir-akhir program ni baru terasa best skit. Staff mahkamah memang sangat frenly, seriously. Hakim dan majistret pulak, ada yang baik, ada yang kekwat, masing-masing punyer perangai lar kan.


Dengan Irene, attachment student from UKM


Bersama Tuan Amin(duduk), Kak Yanti (Melayu), Kak Vani (India)


Bersama Kak Guna (duduk) dan Miss Hui


Verangan


Before gunting rambut


2. Pagi tadi aku dengar kat radio waktu bawak kereta nak pegi court yang Michael Jackson sudah meninggal dunia kerana komplikasi jantung kalau tak silap. Terkejut aku. And 1 hari, dari pagi sampai petang Hot FM sembang pasal Michael Jackson. Nak buat macam mana, ajal maut di tangan Tuhan. Tapi aku confuse, sampai sekarang, status Michael Jackson ni, dia ni Islam ke tidak? Tau tak?



3. Malam tadi tengok Transformers: Revenge of The Fallen kat Jusco Bandar Perda, Penang, tengok dengan mak and adik (Aiman). Bagi aku movie tu sangat meletz and wajib tengok bagi sesiapa yang tak tengok lagi. Huhuhu


Sekian..