Wednesday, January 28, 2009

Melawat Kubur~

Bersama arwah Abg Ben: Final Interschool 2005

Assalamualaikum dan salam sejatera.

Selamat menyambut tahun baru Cina!!


From left: Fido, Fendy, aku, Rashidoon (tiada dalam gambar: Abg Raf)

24hb Januari 2009:
Genaplah setahun arwah Abg Ben (Adlan Benan Omar) menghadap tuhan Yang Maha Esa. Hari Sabtu lalu, Abg raf mengajak aku, Fendy (yang kebetulan dan budget surprise datang kL), RashidOOn (Orlando Bloom Malaysia [motif?]) and Fido (yang rumah jauh geLL) ke Seremban, Ampangan kalau tak silap untuk menziarahi kubur arwah.
Ingat nak bertolak ke sana dalam pukul 8-9 pagi, tapi setelah tersesat mencari rumah Fido, jam kat highway on the way ke Seremban, dalam 11.45 pagi (nak masuk tengah hari dah sebenarnya) baru kitorang sampai ke sana (ditambah dengan bantuan yang sangat 'berguna' oleh Fendy, kan?)
Kubur kat sana semua ditempatkan dekat2. Rapat sangat. Maybe cara orang Nogori kot.
Kiotrg pun menyedekahkan surah Yaasin di tengah2 panas tu, berlindungkan payung 2 batang.
Sedih sekejap~


Kubur Arwah

Teringat kat arwah, old boy from Class of 90, sebaya dengan pak cik aku (Asu), even 1 batch pun kat koleq dulu. Mahaguru debate yang datang bersama Abg Raf di hujung 2003, mengeluarkan kitorang daripada zaman gelap, hilang arah. Pengalaman yang mungkin sempat dikutip bersama arwah, yang paling manis... mungkin membawa pasukan MCKK 2 ke final Debat Piala UIAM 2005 (Aslam, Hellboy, Fendy Gem and Raja). Teringat lagi, aku buat konsep, Abg Ben bagi facts yang memang superb.
Yer lar, lulusan Cambridge lar katakan. Bukan senang nak jumpa orang macam tu. Dah lar tu, founder untuk UKEC pulak. Orangnya kelakar, witty and wajib dihormati, disegani.
Ayuh kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Abg Ben.


Kontinjen MCKK ke Interschool 2005


Al-fatihah~

Friday, January 23, 2009

AJL 23

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari tu aku dah bagitau kat Ezora (nama sebenar Azura..saja jah bagi nama Ezora macam cerita Ezora tu) yang Meet Uncle Hussain akan jadi Juara Lagi. Depan Hannah (ratu tengok cermin) and Tengku ( Kelisa TV 77) kalau tak silap...
Tapi aku kata Faizal Tahir akan still menang something...
And keputusannya, seperti yang dijangka...

Faizal Tahir menang:
  • Vocal terbaik- Sampai Syurga
  • Persembahan terbaik-Sampai Syurga
  • Balada-Sampai Syurga
Yang sentap sikit adalah kategori Etnik Kreatif dimenangi oleh lagu Farawahida.. Bila dengar balik lagu and gaya fia nyanyi, macam lagu R&B yang diselitkan skit2 dengan muzik Cina jah! Tak dak gaya irama Malaysia atau etnik kreatif pun!!

Meet Uncle Hussain, seperti yang dijangka. Even dalam kereta Abg Raf (Honda Accord WPN 9094) pun aku dah bagitau dia (waktu tu dia tengah lalok mengantuk geLL balik from koleq).

Hahaha...

That's all..

Korang Ingat Lagi Ke?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku saja jah upload gambar kelas waktu f5. Bukan apa, pasal bila check balik muka sorang2. ramai yang aku tak ingat nama, lagi2 burung. Ya rabbi~
Tak tau lar, maybe pasal lama tak jumpa kot...
So, saja jer nak ingatkan korang..

Korang ingat lagi ke nama cikgu kelas korang?
Korang ingat lagi ke nama budak2 kelas korang?
Korang ingat lagi ke sape yang duduk sebelah korang kat dalam kelas dulu?
Korang ingat lagi korang house mana?
Korang ingat lagi ke korang sekolah mana?
Korang ingat lagi ke??






5 Sc 1- Guru Kelas: Cikgu Tan



5 Sc 2- Guru Kelas: Cikgu Rizal



5 Sc 3- Guru Kelas: Cikgu Kamariah




5 Sc 4- Guru Kelas: Cikgu Faridah




5 Sc 5- Guru Kelas: Cikgu Yasmin




5 Sc 6- Guru Kelas: Cikgu Hafizah (autoriti: Bean)

Kalau ada jawapan yang 'tak ingat', pandai2 lar korang muhasabah sendiri2 yer..

Election for Students' Representative Council IIUM 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Semalam(22hb Januari 2009) ada election kat UIAM. Tapi tak meriah sangat pun election kat sini. Untuk Ahmad Ibrahim Kuliyyah of Law (AIKOL), ada 4 calon yang bertanding. Dengar cerita 2 Pro Aspirasi and 2 lagi Pro Mahasiswa. Komen aku terhadap calon yang bertanding, ada yang ala2 poyo and ada benda yang tak perlu dimasukkan dalam details yang nak bagi kat orang ramai, contohnya current CGPA (motif?).
Kot yer pun mesej yang cOba nak disampaikan kepada public is that you can maintain your CGPA eventhough you are busy with this kind of things but then, it goes withou saying a.k.a judicial notice. Kita pun nak elect a leader based on his result on paper, tapi kita nak elect a leader yang bijak, bukan bijak dalam kelas saja tapi bijak merencana, bijak dalam memperjuangkan nasib dan hak pelajar. Sebab itu, interpretasi tentang istilah bijak dah menyimpang dari maksud sebenar kerana Kebijaksanaan Adalah Mutu Manusia (wah, motif promote Koleq?). Huhuhu..
Ada pulak yang appearance kurang meyakinkan, tengok gaya macam selekeh jah. Memang lar orang kata don't judge a book by its cover, but then appearance is the most important part to establish perception. So, tolonglah jaga attire or appearance tu.
Tadi ada Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin untuk team ASTAR and Abg Cipul yang akan ke Germany atas urusan kerja selama 5-6 bulan. Sempat sembang dengan Abg Lan (Chief Coach). Dia kata, experienced and established lawyer macam Karpal Singh etc akan habiskan masa kira2 30 minit untuk jaga appearance, kira berapa helai rambut yang jatuh kat dahi etc. Nampak tak betapa pentingnya jaga appearance?
Ini tak, dalam gambar candidates tadi, yang pakai tudung pun kurang kemas, yang laki pulak, ada yang tak cover jerawat langsung ni haaa. Macam mana lar orang nak vote korang? Kalau tak vote, tak boleh check result pulak kan (katanyer...)
So, apa2 hal pun , congratz lar kepada mana2 yang menang. Dengar cerita 10 daripada 12 kerusi WUFI a.k.a pro mahasiswa menang. Yang 2 lagi tu kat Kuliyyah Engineering and ICT dengar cerita, yang pro Aspirasi menang.
Maybe tak fight macam kat UM kot, hanya 1 kerusi yang memenangkan Pro Mahasiswa.Apa2 pun, bukan persoalan parti, tapi persoalan tentang sejauh mana prinsip dan pegangan yang dijunjung. Kalau masuk politik kampus hanya untuk songlap wang, kejar kuasa, serupa tak payah. Memang betul, idealistik sangat untuk dapat pemimpin yang benar2 ikhlas untuk memperjuangkan nasib sesama mahasiswa atau bangsa kita, tapi tak mustahil kan?
Ok lar, panjang pulak aku membebel tengah2 mlm ni..
Ni semua gara2 tunggu Makram (groupmate Equity) hantar assignment part dia lar ni...
Anyway, selamat malam buat semua...

Tuesday, January 20, 2009

Happy Belated Birthday Batch 0004!!


Waktu F2 (ke f3?) Bon Odori~



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semalam birthday batch aku, 0004 (19th January 2009). so, since 2004, dah 5 tahun lar kot kitorg keluar koleq. So, kepada semua member batch aku, tak kisah lar burung ke, tara ke, happy belated birthday!! May Allah bless us forever~ Keep in touch!!


5 Sc 4 (kelas aku)

Saturday, January 17, 2009

Back to koleq~

Assalamualaikum dan salam sejahtera.





1) Aku sampai koleq malam semalam, dalam pukul 10 lebih, then makan kat benteng. Ada Nab, Ed, Abg Raf, Fendy, Fido. Hari ni Rashad and Aleng sampai from KL pulak. Biaserlah, nak kena bg briefing kat budak2 f1 yg baru masuk (yo yo Oo jah) and kena debate depan diorg pagi besok (motif?) huhuhu..


2) Kuala Kangsar tak banyak berubah pun. Asalnya breakfast td nak makan kat YL (aku tak pernah menjejak kaki kat YL sepanjang 5 tahun aku duduk kat koleq), nak lar rasa pau yg kononnye sedap geLL tu kan, last2, pau ada pukul 2.30 petang (motif?) so, defeat the purpose sgt aku pegi YL. Kemudian makan kat Shah Reena lar, sebelah jah. Portion makanan dia dah skit geLL, kot yer pun nak berjimat di zaman krisis kewangan sub-prima ni kan (motif?), tak payah lar cut makanan sampai skit nak mampus. Hina jah~


3) Team forum UIA lawan kat UM hari ni. Team:

-Kajol

-Zack

-Zaki

-Yobbi

-Nana

Good luck utk korg!!


4) Jap lagi nak start session dah. So, kena be prepared lar kan.


Sekian dulu~

Friday, January 16, 2009

Memori..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tiba2 aku teringat kat arwah ayah and arwah tok wan aku.
So, saja ja post benda yg aku dah tulis kat blog kat frenster before this.
Memori~

pergi takkan kembali… (taken from http://izzat-115.blog.friendster.com/)
August 29th, 2006 by izzat-115

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
lama benar diri yg kecil lg kerdil di sisi Tuhan ini tidak menulis di dalam blog ini. Ujian yg datang bertimpa-timpa tanpa diduga benar2 menguji kesabran diri ini.. sedih utk diceritakan tapi hati ini tetap ingin berkongsi kesedihan dengan teman dan taulan…
Khamis (10 ogos 2006- 8.30 pg)
panggilan telefon daripada asu, adik kpd mak, menyuruh diri ini byk bersabar, dikhabarkan ayah telah tiada…bagaikan org bodoh seketika, diri ini mengambil masa yg agak lama utk ‘digest’ maklumat yg baru diterima..barulah diri ini faham apa sebenarnya berlaku…dan tanpa disedari air mata pun mengalir..bagaimana mungkin ayah yg sememangnya terkenal tidak pernah sakit, boleh pergi takkan kembali lg? mcm mana ayah yg sgt menjaga mkn dan minumnya, boleh tiada dlm sekelip mata? mcm mana ayah yg merupakan lelaki termuda di kalangan adik beradiknya boleh meninggal dunia? kalau nak difikirkan scr logik utk mencari jwpn bg setiap persoalan, sampai kiamat pun belum tentu terjawab..tapi, inilah kenyataannya..maka, selepas menunggu asu mengambil diri ini di mtrx, dgn kelajuan 140-160 km/j, asu memecut di lebuh raya…dlm 3 jam, diri ini tiba di kulim, kedah..sesampai saja di rumah, diri ini terus mencari emak..memeluk emak, menangis di bahunya…kami semua susah utk percaya..tapi inilah ujian dari Yg Maha Esa.. kakak dan adik2 pun turut mengalirkan air mata..selepas mengambil wudhu, diri ini membuka kain yg menutupi wajah ayah..sayu hati ini melihat ayah yg kini sudah menjadi arwah…lalu diri ini mengucup dahi ayah tanda rindu yg teramat..bayangkan kali terakhir diri ini berjumap ayah ialah sewaktu sebelum diri ini dtg ke uia 2 minggu lebih awal sebelum bermulanya debat fomca, sekitar hujung bulan 6..dan kali terakhir diri ini berbual dgn arwah ialah pada hari ahad lepas, bbrp hari sebelum arwah dimasukkan ke hospital krn sakit perut, yg disangkakan gastrik..dan malam sebelumnya, arwah telah dibenarkan keluar hospital kerana telah disahkan sihat walafiat cuma perlu byk berehat..dan tanpa disangka2, arwah tiada pd keesokan harinya…setelah mensedekahkan bacaan al quran,yaasin dan lain2…arwah dimandikan lantad dikafankan…dan alhamdulillah, sebelum asar jenazah selamat dikebumikan dan selepas asar talkin dibacakan..dan segala-galanya berjalan dgn lancar..alhamdulillah….
Rabu (23 Ogos 2006- 4 ptg)
emak menelefon, menyatakan ada berita kurang baik yg ingin disampaikan, hati ini mula merasakan ada sesuatu yg tak kena..wan (atuk) telah mengikut jejak langkah ayah, wan telah hilang nyawanya..terkesima dan tersentak..lantas diri ini segera menghubungi kaum kerabat yg berada di kl, utk menumpang balik ke kulim…dan pd petang yg disertai dgn hujan lebat yg tak bertempat, diri ini menaiki kereta tok su menuju ke kulim..dalam pukul 11.15 mlm, kami selamat tiba di kulim..dan di rumah yg sama, di tempat yg sama, arwah wan berada di pembaringan.. sebak hati ini melihat arwah kaku di situ..walaupun jam telah menunjukkan jam 12 tgh mlm, tapi masih ramai yg hadir utk membacakan yaasin dan mensedekahkan bacaan al-quran..diri ini mencari emak dan tok (nenek),memeluk sepuas-puasnya..air mata mengalir lg setelah tak sampai 2 minggu lepas ia keluar tanpa sedar..keesokan ahrinya, arwah dimandikan, dikafankan dan selamat dikebumikan dlm pukul 11 pg..alhamdulillah…..
rentetan peristiwa ini, benar2 menusuk sanubari..hati ini benar2 tersentuh dgn apa yg terjadi.. namun diri in sedar, hidup perlu diteruskan..betapa kuasa Yg Maha Esa tidak boleh disangkal lg.. ajal dan maut tidak mengira usia..sesiapa saja boleh hilang nafas dan nyawanya…maka, marilah sama2 kita menginsafi diri, muhasabah sedalam-dalamnya, adakah cukup amal ibadat yg kita lakukan sekarang utk berdepan dgn Tuhan Pemilik Seluruh Alam sewaktu Hari Pengadilan? fikir-fikirkan..di kesempatan ini, diri ini ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua -abg2 dan kakak2 KDBM UIAM, para jurulatih, coaches of MCKK debating team,rakan2 batch 0004, rakan2 di mtrx, adik2 debate MCKK dan semua insan yg telah sudi utk berkongsi kesedihan dgn diri ini.. terima kasih byk2…
marilah sama2 kita mensedekahkan bacaan al fatihah buat roh arwah ayah (Md. Jonid bin Md Noor) dan arwah wan ( Yaacob bin Saad)…semoga roh mereka berdua dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam golongan org2 yg beriman,diampunkan segala dosa-dosanya dan dipelihara oleh Tuhan Yg Maha Berkuasa, Allah S.W.T.. al-fatihah~

Al-fatihah juga kepada Arwah Adlan Benan Omar (mahaguru debate MCKK, Class of 90) and Arwah Shahrul Nizam Yusof (Class of 93) serta seluruh muslimin dan muslimat yang telah meniggalkan kita semua. Moga2 roh mereka semua bersemadi dengan amannya.
Insya Allah~

Azam Tahun Baru 1430 Hijrah dan 2009 Masihi



Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku dah start buat blog kat blogspot ni..huhuhu..


Nervous pulakz...


So, azam tahun baru aku adalah:

1) Update blog at least seminggu sekali
2) Amalkan gaya hidup sihat i.e jaga makan, jogging etc
3) Baca Quran setiap hari
4) Champ 1 tournament debate dan pidato

So, itulah azam tahun baru aku..tengoklah sejauh mana pencapainnya tahun ni..huhu..




By the way, hari tu, 4hb Januari 2009, aku wakil UIA for Pemilihan Wakil Malaysia untuk Pidato Antarabangsa 2009, alhamdulillah, 2 orang telah terpilih yakni aku dan Syamsul UPM dengan aku di ranking ke-2 dengan perbezaan 1 markah.

Insya Allah pertandingan sebenar akan dijalankan di Universiti Malaya pada hujung bulan Februari nanti (tarikh sebenar sampai sekarang tak confirm lagi)..

So, bagi sesiapa yang berminat nak tengok peserta2 dari negara lain cakap Bahasa Melayu macam Jepun, China, Russia, datanglah pada hari pertandingan..

Sekian dulu setakat ini...

Assalamualaikum~