Monday, March 30, 2009

Weekend: Berehat ke?



Jadual Perlawanan

Result


Markah Speaker


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Weekend lepas (27-30 Mac 2009), aku ke MCKK a.k.a Koleq, sekolah lama yang telah banyak mengajar erti kehidupan. Seperti biasa, aku ke sana bukan untuk bermain jambu macam segelintir orang tu (aha, aha~) tapi untuk train team debate Koleq. Ye lar, tournament dah dekat. Interschool Debate UIA akan diadakan dari 24-29 April 2009. Lepas tu, PPM pulak hujung bulan Mei. Sini aku letak link ke website Interschool Debate, kot-kot lar ada yang nak tengok kan. Nak download form penyertaan ke, nak usha-usha ke.


www.iiu.edu.my/spice/idc09/home.html

Lepas ni aku dah tak free pasal Rabu ni (1st April 2009), dah start final exam, dimulakan dengan paper Environmental Law.
So, dengan masa yang terluang weekend ni, aku pun gigih lar balik sorang-sorang (junior coaches yang lain? yang adO~ banyak alasan!) Naik bas pukul 4.30-4.45 petang, hari Jumaat. Siap ponteng last class Company Law lagi. Dah nak buat macam mana, Dr Engku Rabiah atau lagi glamour dikenali sebagai ERA pun bagitau lambat, tahniah lar kan. Abg Raf (Chief Coach) pulak balik keesokan harinya, pasal ada banyak kerja. Biasalah, Senior Manager Petronas. What are you going to expect kan?

So, sampai Kuala Kangsar dalam 7.30-7.45 maghrib/malam. Cikgu Azfa yang ambik kat bus station and hantar ke Hotel Sri Kangsar verangan. Sepatutnya, Cikgu Umi dah book untuk 2 malam, tiba-tiba Nyonya yang jaga kaunter tu kata dengan kekwatnya, 1 malam jah pasal besok full walaupun dah book. Down~ Kiasu betul. Terpaksalah besoknya aku kena cari hotel a.k.a rumah tumpangan lain (pasal kuarters guru kat koleq tu ada cikgu-cikgu kriket verangan yang duduk, weekend tu jugak lar ada tournament kriket kat koleq for North Zone). Tak pa lah...

So, malam tu start training. Besoknya, buat lar pulak Liga Debat MCKK, 4 teams. Hari Sabtu, 3 kali lawan waktu siang, 1 kali lepas Earth Hour verangan tu (hipokrit sangat idea Earth Hour tu. Tutup lampu tapi kereta-kereta still lepaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida kat atas jalan tu, peti sejuk still lepaskan CFC, macam mana nak atasi global warming??) Hari Ahad pulak 2 kali lawan and buat Q & A session lepas abis semua.


Team Marvellous: Nash, Halim, Aqwa



Team Prep School Brothers: Piduih, Babloo, Mat Deris, Hassan and Hermione


Team Superb: Jord, Faizul, Popo



Team Viva La Vida: Fadzillah, Ayie, Rosnah


Struggle discuss nampak?


Gelap, tak nampak...


Walaupun berbaju putih, tetap tak nampak orangnya...

Bukan senang nak tengok Rosnah buat keje kan?


Abg Raf melawat anak-anak itik...(aku terpaksalah ikut sekali kan)

Lepas tengok budak hockey training, tengok budak volley training pulak.


Kitorang gerak balik malam lepas Abg Raf tengok anak-anak itik training hoki, and then tengok pulak budak volley training, lepas tu baru pegi jumpa Kak Rod (isteri coach debate dia dulu, dah amcam kaka sendiri aku tengok). Memang mesra and rapat geLL. Bercerita macam-macam benda dari pukul 7 maghrib sampai lar pukul 8.30 malam. Then baru kitorang gerak balik ke KL dalam hujan yang amat lebat. Lepas dinner kat Ulu Bernam, Abg Raf pualk dah mengantuk walaupun disumbat dengan kacang, ikan BBQ, Mister Potato perisa Rempah Pedas, air soya bean dll lagi, aku terpaksalah drive from mana ntah, sampailah kat Shell, sebelum masuk UIA tu. Tong-tong sampai UIA dalam pukul 12.15 tengah malam. Heh, sapa kata aku tak reti drive?

Penat tu memang lar penat. Kalau nak diikutkan, since sebulan dua bulan lepas, aku tak pernah spend time weekend kat UIA. Ada jer benda kat luar yang aku kena buat. Tapi, aku sentiasa terfikir, bahawa kepenatan aku ni boleh dibalas dengan kejayaan orang yang diajar, atau setidak-tidaknya, mereka yang diajar ini tahu menghagai, siapakah aku and menjadi insan yang berguna serta tidak lupa diri, tepati janji yang telah dilafazkan sedari awal tatkala menceburi dunia debat ini.


Di koleq, bukan kemenangan dalam perdebatan semata-mata yang kami tekankan, atau nilai ini bukanlah keutamaan, seperti yang selalu diungkap dan diingatkan oleh Abg Raf, arwah Abg Ben mahupun coaches lain, tapi apa yang perlu menjadi kiblat perjuangan adalah, supaya setiap produk yang dilahirkan, menjadi insan yang berguna, berbudi bahasa dan pandai menilai antara kaca dan permata. Menang kalah adat pertandingan, hanya Tuhan yang dapat menentukan. Tapi, pembentukan peribadi insan, boleh dibina dengan kesungguhan dan keberkatan.


Fiat Sapientia Virtus-Kebijaksanaan Mutu Manusia

Thursday, March 26, 2009

2 Minggu Yang Vogue!!

Sepupu aku: Muhammad Izz Azfar...




Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

1) Kenapa title ni '2 Minggu Yang Vogue'? Kerana, selama 2 minggu kebelakangan ni, banyak sangat assignments and exams. Banyak geLL~ Ini pun baru habis exam Company merangkap test terakhir before final exam yang akan bermula 1st April (paper Environmental Law) and akan berakhir 15th April (Usul Fiqh 1)....
Doakan aku yer, verangan gak nak dapat at least sekali Dean's List, tapi tengok carry marks macam kurang mengizinkan jah, lagi-lagi bila carry marks for Environmental Law adalah B sedangkan Exam, Trip, and Film Review semua B+, Quiz yang lahar jer dapat B, terus overall carry marks aku B, motif Madam? Huhuhu.. Ni mesti quiz yang kitorang buat dengan budak UIA Kuantan ni, ada yang buat lahar-lahar jah, tu yang dapat B jah tu, tatkala group lain banyak yang dapat A tegak yer, kitorang paling rendah dengan B tegak yer! Tegak di persada dunia sangat... Hahahaha....


Pengantin dan pengapit membaca doa bersama-sama


2) Hari Sabtu and Ahad lepas, pegi kenduri Cik Da (anak Tok Su yang rumahnyer kat Ampang), Akad nikah hari Sabtu, malam pulak buat dinner a.k.a kenduri kat Dewan Perdana Felda yang merletOp tu! Sempat lar spend weekend tu dengan mak,tok, nenek, kakak and suami, and family Asu. Terkejut tengok Izz Azfar dah besar and suka lompat (buat-buat lompat sebenarnya, dengan syarat ada orang kena pegang dia). Comel~ Hari Sabtu malam Ahad tu pegi tengok teater Sirah Junjungan Tahajud Cinta, and itulah first time aku menjejak kaki ke Istana Budaya. Hahahaha...

Family pengantin perempuan


Aku...(bila nak balik UIA ni?)


Ini Nenek (mak kepada Tok, pangkatnya sepatutnya moyang)

Dari kiri: Tok, Kakak, pengantin, and Mak



Gambar di skrin


Mula-mula nervous gak pasal 1st time pegi Istana Budaya kan, tapi memang merletOp lar. Waktu aku pegi malam tu turn Mawi yang jadi artis undangan. Memang full lar IB tu kan. At the end of the show, waktu scene Nabi Muhammad SAW wafat, ramai yang menangis, termasuk lar mak aku. Aku tengok mak cik depan aku pun ramai yang lap mata pakai tudung, sebak lar tu. Waktu tu gak 1 hall tu bising dengan suara orang terbatuk-batuk, tersedak pasal scene tu memang sebak dan pilu pun. Aku pun tersentuh gak tapi kena lar control macho kan. Hahaha.. Yang paling penting audience bagi standing ovation lepas abis tu. Tapi part yang aku paling suka (bagi sapa yang dah tengok lar) waktu diorang memuja Latta dan Uzza tu, dengan tarian yang lawak, macam comel jah. Hahahaha..


Lepas tu ada sesi sign autograf, nak dapat buku cenderamata tu kena beli, 1 RM10, mahal betul. Tapi ok lar, dapat sign Vanidah Imran and Mawi. Aku sempat bergambar dengan Vanidah Imran jah, kakak aku sempat bergamabr dengan Mawi. Bukan apa, tak boleh nak stop tangkap gambar laam-lama, orang-orang diorang bising "Cepat dik, ramai lagi yang beratur tu." Rilex lar, aku pun bayar gak. Kekwat betul. Huhu.. Nanti aku upload gambar kat Istana Budaya, ok? Kakak aku tak bagi-bagi lagi gambar tu.

Sekian dulu.

Wednesday, March 11, 2009

Rezeki: Di Manakah Kali Ini?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Rezeki...


Peserta Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2009

Mungkin itulah yang sering menghantui aku selama ini...
Aku sama sekali tidak pernah menyesali nasib aku selama ini...
Jangan salah erti...
Seolah-olah aku insan yang kufur nikmat pula..
Bukan itu maksudku...


Bersama Zuraimi, peserta dari Singapura

Tapi...

Itulah yang aku nanti....
Entah..

Mungkin
Rezekiku dalam pidato dan dunia debat...
Ditangguhkan ke alam pekerjaan...

Mungkin....
Ataupun mendapat isteri yang cantik lagi patuh kepada suami...
Mendapat keluarga bahagia yang sempurna....

Mungkin....


Bersama Syamsul, Zuraimi, Puan Sri Emelda and Abg Syafiq di Restoran Berputar, Menara Kuala Lumpur


Segalanya 1 kemungkinan......



Gambar sewaktu hari pendaftaran


Behind the scene:

1) Aku hanya mampu berjuang hingga ke peringkat separh akhir Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2009, meskipun markah aku adalah ke-2 tertinggi sewaktu Semi Final, peraturan tetap peraturan. Hanya seorang wakil dari setiap negara yang akan beraksi di final and ternyata rezeki itu milik Syamsul from UPM. Tahniah untuk Syamsul and takziah untuk aku. Anyway, aku gembira kerana Kak Maz antar message kat aku lepas semi tu :

'U were superb, good job. Just relax and biar Allah tentukan'

Hati aku semakin tersentuh apabila sewaktu pertandingan akhir yang disiarkan secara langsung di TV1, sewaktu giliran peserta kategori Nusantara, message Kak Maz menghiasi inbox aku:

'Jangan sedih, u r better'

Aku sedih kerana aku telah menghampakan harapan teman dan taulan, para jurulatih dan penasihat serta keluaraga untuk beraksi di pentas akhir dan membawa nama UIA..
Tapi, apakan daya, Allah lebih mengetahui segalanya.....

2) Pasukan Bahas Bahasa Melayu MCKK terkandas di pusingan ke-2 dalam PPM Zon Utara yang diadakan di SOKSEK, Penang. Kombinasi Nash, Halim and Aqwa baru mula diuji. Ternyata PPM Zon Utara ini adlaah ujian getir buat mereka, pun begitu, moga-moga banyak perkara yang mereka pelajari. Biar tewas di Zon Utara, usah tumbang di UIA, PPM Kebangsaan dan UKM..
Untuk team English yang petang ini akan berentap di semi final (Adam, Shahir, Fauzan and Mia), good luck. Moga rezeki beradi di pihak kalian...
Insya Allah....

Monday, March 9, 2009

Positif atau Negatif?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Petikan daripada Utusan Malaysia:

ARKIB : 06/03/2009

Peserta Malaysia ke akhir PABM 2009

KUALA LUMPUR 5 Mac - Peserta Malaysia, Mohd. Syamsul Salleh, 21, layak ke Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri (PABM 2009) bagi kategori Nusantara.

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menarik perhatian juri melalui persembahan konsisten dan gaya menariknya ketika berpidato mengenai tajuk Kebejatan Moral Petanda Keruntuhan Tamadun.

Mohd. Syamsul berkata hari ini, beliau membuat persediaan menyertai pertandingan itu sejak awal Januari lalu.

Sebelum ini, Mohd. Syamsul pernah menjadi Johan Debat Diraja Kategori Utama, Johan Pidato Kemerdekaan 2008 dan Johan Pidato Belia Rakan Muda 2008.

Beliau berkata, selepas selesai latihan dan saringan, beliau dan Muhammad Izzat Md. Jonid terpilih sebagai wakil negara ke PABM 2009.

Bagaimanapun katanya, Muhammad Izzat hanya ke peringkat separuh akhir walaupun memperoleh markah tinggi kerana penganjur menetapkan kuota seorang peserta untuk setiap negara ke pertandingan akhir.

Sepanjang pertandingan dari 1 hingga 7 Mac itu, seramai 44 peserta awal iaitu 34 bagi kategori Antarabangsa dan 10 untuk kategori Nusantara perlu melalui dua saringan sebelum ke peringkat separuh akhir.

Sebanyak 10 peserta kategori Antarabangsa dan lima untuk kategori Nusantara itu perlu berentap untuk ke peringkat akhir.

Hanya lima peserta bagi kategori Antarabangsa dan tiga untuk kategori Nusantara akan bertanding di peringkat akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pukul 8.30 malam esok.

Acara kemuncak yang akan disiarkan secara langsung oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Internet itu bakal dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peserta yang akan berentap di pertandingan akhir bagi kategori Antarabangsa adalah dari Australia, Kemboja, China, Rusia dan Belanda.

Bagi kategori Nusantara pula, selain peserta Malaysia, turut mara ke peringkat akhir pemidato dari Brunei dan Indonesia.

Johan bagi setiap kategori akan membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan wang tunai AS$3,000 (RM10,983).

Naib juara bakal memenangi piala iringan dan AS$2,000 (RM7,322) manakala tempat ketiga memperoleh piala iringan dan AS$1,000 (RM3,661).



*Positif atau negatif? Anda tentukan sendiri...