Monday, March 9, 2009

Positif atau Negatif?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Petikan daripada Utusan Malaysia:

ARKIB : 06/03/2009

Peserta Malaysia ke akhir PABM 2009

KUALA LUMPUR 5 Mac - Peserta Malaysia, Mohd. Syamsul Salleh, 21, layak ke Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri (PABM 2009) bagi kategori Nusantara.

Pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) itu menarik perhatian juri melalui persembahan konsisten dan gaya menariknya ketika berpidato mengenai tajuk Kebejatan Moral Petanda Keruntuhan Tamadun.

Mohd. Syamsul berkata hari ini, beliau membuat persediaan menyertai pertandingan itu sejak awal Januari lalu.

Sebelum ini, Mohd. Syamsul pernah menjadi Johan Debat Diraja Kategori Utama, Johan Pidato Kemerdekaan 2008 dan Johan Pidato Belia Rakan Muda 2008.

Beliau berkata, selepas selesai latihan dan saringan, beliau dan Muhammad Izzat Md. Jonid terpilih sebagai wakil negara ke PABM 2009.

Bagaimanapun katanya, Muhammad Izzat hanya ke peringkat separuh akhir walaupun memperoleh markah tinggi kerana penganjur menetapkan kuota seorang peserta untuk setiap negara ke pertandingan akhir.

Sepanjang pertandingan dari 1 hingga 7 Mac itu, seramai 44 peserta awal iaitu 34 bagi kategori Antarabangsa dan 10 untuk kategori Nusantara perlu melalui dua saringan sebelum ke peringkat separuh akhir.

Sebanyak 10 peserta kategori Antarabangsa dan lima untuk kategori Nusantara itu perlu berentap untuk ke peringkat akhir.

Hanya lima peserta bagi kategori Antarabangsa dan tiga untuk kategori Nusantara akan bertanding di peringkat akhir di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada pukul 8.30 malam esok.

Acara kemuncak yang akan disiarkan secara langsung oleh Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan Internet itu bakal dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Peserta yang akan berentap di pertandingan akhir bagi kategori Antarabangsa adalah dari Australia, Kemboja, China, Rusia dan Belanda.

Bagi kategori Nusantara pula, selain peserta Malaysia, turut mara ke peringkat akhir pemidato dari Brunei dan Indonesia.

Johan bagi setiap kategori akan membawa pulang piala pusingan, piala iringan dan wang tunai AS$3,000 (RM10,983).

Naib juara bakal memenangi piala iringan dan AS$2,000 (RM7,322) manakala tempat ketiga memperoleh piala iringan dan AS$1,000 (RM3,661).



*Positif atau negatif? Anda tentukan sendiri...

4 comments:

  1. "walaupun memperoleh markah tinggi kerana penganjur menetapkan kuota seorang peserta untuk setiap negara ke pertandingan akhir."

    jadi, siapa yg tentukan shamsul ke final?

    tahun depan ada lg bro. Tahniah di atas usaha- kiranya mentorku ini tetap top la- dpt markah tinggi. Cuma tiada rezeki yg dihalang pihak tertentu. Cayalah! :)

    ReplyDelete
  2. "If you still have the courage after losing all,
    you can be rest assured that
    you have not lost everything" :)

    ReplyDelete
  3. to radzi:
    jemaah hakim yg arif lg bijaksanalah yg membawa dia ke final...

    to M.M a.k.a Non:
    tqvm....

    ReplyDelete
  4. tak guna aku letak initial kalau ko nak kantoikan ;p anyways izzizz. kau tetap di hati ahahahhaa

    ReplyDelete