Saturday, February 28, 2009

Kembali Normal...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku dah OK (kot...)
Kepala pun dah tak serabut sangat...

Hari tu maybe pasal banyak keje, and then banyak pulak orang yang buat perangai...

So, memang wrong timing lar kan....

Yang penting, 'I'm Shivering' (kenal tak ayat sape? hehehe)..

Besok dah nak kena register for Pidato Antarabangsa kat hotel mana ntah...


Tentatively:

Saringan 1: 3hb Mac 2009
Saringan 2: 4hb Mac 2009
Semi final : 5hb Mac 2009
Final : 6hb Mac 2009

Saringan sampai semi buat kat Universiti Malaya, Petaling Jaya...
Final pulak buat kat PICC, Putrajaya..
Doakan aku dapat meneruskan perjuangan di PICC nanti...

Jasa baik kalian pasti dibalas dengan kebaikan...

Insya Allah~

Thursday, February 26, 2009

EMO!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku tengah emO dengan seseorang..

Aku dah lar tension dengan exam petang ni (Land LAw, 6-7 pm)...

So, aku takkan contact orang tu sampai dia mintak maaf....

Itu pun kalau dia betul-betul ikhlas nak mintak maaf...

Tak tau kenapa..tiba-tiba aku rasa tak dihargai...

Sapa yang paham, paham jer lah...

Ada aku kisah?

Yang adO!!




Astaghfirullah~

Wednesday, February 18, 2009

Cinta: Menghina Manusia Tanpa Dipinta?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cinta~


Ada event baru-baru ini yang membuatkan aku cOba menulis tentang ini.

Ceritanya............

Tindakan gila memandu ke Kuantan sedangkan jarang memandu long distance.
Harapan: berjumpa 'kawan' (katanya....)
Akhirnya....
Kemalangan...
Pun begitu, nazar yang ditanam kalau menang sesuatu, mendorong ke Kuantan sekali lagi.
Kali ini, lebih dahsyat, tengah malam...
Tak tau lar, sampai ke tak Kuantan..
'Kawan' yang ingin dijumpa diberikan pilihan untuk menerima 'dirinya' semula..
Lepas kata TIDAK diberikan...
Hati pedih...
Begitu sedih...
Merasakan dirinya tidak dihargai...
Lalu merasakan dirinya dihalau dari Kuantan...
Dalam perjalanan...
Melalui seseorang, berjanji untuk meminang selepas tamat final exam...
Selepas dinasihati oleh seseorang....
Menangis...
Dan orang tengah itu sudah tidak dipercayai lagi...

Behind the scene:
Aku bukan orang itu, jangan risau. Aku tak kebulur lagi nak cari teman hidup...
Hahahaha...
Moral of the story is that...
Usia muda menjadikan kita meletakkan perasaan dan emosi sebagai tuan daripada akal fikiran.
Kerana cinta, diri sanggup merana..
Kerana cinta, saudara menjadi musuh durjana...
Itulah penangan cinta...
Tidak salah bercinta..
Namun biar berpada...

Tuesday, February 10, 2009

Vokalis Saujana kah?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Info ni aku dapat from http://fuiyoh.blogspot.com

Vokalis kumpulan nasyid Saujana, yang nyanyi lagu Keluarga Bahagia tu, dah jadi pondan, betul ke?

Tak tau lar...

Tengok lar video waktu dia masuk audition OIAM hari tu...

Apalah nak jadi dengan dunia sekarang~

Saturday, February 7, 2009

Kisah di Perak: Kenapa Perlu Perak?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang 1 Malaysia kecoh pasal kes kat Perak, suka sangat lompat parti sana, lompat parti sini. Tup tup...Perak akan ada Menteri Besar baru.
Apa kes?
Inilah namanya bahana bermain politik.
Aku bukan orang Barisan Nasional-BN (seperti yang didakwa oleh Bean) dan aku juga bukan orang Pakatan Rakyat (PR).
Aku melihat banyak benda dalam keadaan neutral and not sided (wah!)
Bagi aku, personally, apa yang berlaku sekarang adalah, teknik (wah!) senjata makan tuan.

Mengapa?

Janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008 dengan cara, akan ada ahli parlimen BN yang akan melompat parti ke PR. Tunggu punya tunggu, tak dak pun.
Lepas tu, Datuk Seri kata, bagilah masa sampai raya haji, mesti jadi punya. Dengan alasan, waktu tu, ahli parlimen BN dibawa ke Taiwan (ke Hong Kong..ntah) untuk belajar pertanian kat sana (katanya..).
Sekali lagi, masa berlalu.
Sekarang ni dah nak masuk raya Thaipusam dah, tak dak apa pun.
Tiba-tiba..yang berlaku adalah, ahli DUN PR lompat parti masuk BN di Perak dan sekarang Perak yang jatuh ke tangan PR selepas PRU 12 kini sudah bertukar tangan kepada BN.

Bak bak boof!!

Yang adO?

Gambar kat Perak baru2 ni..

Orang2 PR semua protes, bising, siap ada yang buat2 baring atas jalan lagi (tak takut kena langgar ke?). Kononnya, tindakan ini tidak berintegriti, tidak sah di sisi undang2.
Habis tu, waktu gossip tersebar luas kata orang BN nak masuk PR, korang tak pulak kata itu tidak berintegriti?
Nampak tak apa yang berlaku dalam politik Malaysia, melatah bila dah kena kat batang hidung sendiri. Selagi tak kena, tak pa, semua elok, semua ok jah, kan?

Yang orang BN ni pun sama, kata nak menangani politik wang, masalah rasuah, katanya tidak bermaruah, abis tu, nak pulak ambik orang yang tidak berpegang pada prinsip, laparkan kuasa, dahagakan harta masuk dalam BN? Tanpa diorang sedari, sebenarnya, msej yang cOba disampakan melalui keadaan ini adalah, bila2 masa sahaja, mana2 negeri khususnya Perak, akan bertukar ganti kerajaan yang memerintah.

Kenapa?

Semuanya kerana KUASA dan WANG.

So, pandai2 lar untuk semua orang muhasabah diri sendiri. Ketaksuban kita terhadap politik telah mengakibatkan fokus untuk memajukan negara sudah beralih arah. 4 negara kat dunia ni dah muflis (Iceland antaranya) dek penangan krisis sub-prima di Amerika Syarikat, kita bukan sibuk nak cari solution to deal with the crisis, tapi kita lagi sibuk nak cari kerajaan baru untuk memerintah negara ini (walaupun pilihan raya umum dah berlangsung setahun lalu).

Tak tau lar apa nak jadi dengan Malaysia.

Ada orang mungkin setuju dengan aku, ada orang mungkin tidak, terpulang kepada setiap individu, masing2 punya hak untuk bertindak.

Wallahu'alam~

Thursday, February 5, 2009

Pertandingan Pidato Antrabangsa Bahasa Melayu 2009

Assalamualaikum dan salam sejatera.

Dengar khabarnya, Pertandingan Pidato Antrabangsa Bahasa Melayu 2009 akan berlangsung bulan depan.

Berikut merupakan details pertandingan:

Tarikh : 1-7 Mac 2009
Tempat: Saringan dan separuh akhir-Universiti Malaya, Akhir: PICC, Putrajaya




Tajuk dengar cerita tukar, tapi sampai sekarang tak dapat confirmation lagi (yang adO sangat).

Bila fikir2 balik, cuak geLL~

Sekian...

Sunday, February 1, 2009

Debat Terbuka ASTAR 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam semalam tamatlah Pertandingan Terbuka ASTAR 2009 yang dijalankan di Kolej Pertama UM, Asrama Tunku Abdul Rahman (kalau tak silap) atau lagi glamour dikenali sebagai ASTAR. Tahun lepas (2008), UIAM telah dinobatkan sebagai johan pertandingan ini, dikepalai oleh Nana, Redhu, Anne and Sarhan.
Tahun ini, formula untuk melatih junior sebagai langkah untuk mencari golongan pelapis untuk debate UIAM, maka 4 team telah dihantar ke pertandingan ini.


UIAM A
Redza (kapten)
Za'ba (ketua kontinjen)
Radzi (bluekaripap)
Kak Zurin (dah kawin yer)

UIAM B
Maryam Jamila (betul ke ejaannye?)
Paan (kapten)
Syazwan (Ratu Dagu)
Haikal (Ratu Bebel)

UIAM C
Anne (teruskan make up)
Amalina (paddle pop)
Zur (otai tudung labuh merangkap kapten)
Asma' (suara unik)

UIAM D
Mail (belt LV)
Aiman (monyet)
Danial (taste tua, can do merangkap kapten)
Rempit (misai)

Keputusannya:

UIAM A tewas di Octo Final menentang MMU. Pun begitu, persembahan yang cukup hebat oleh ketiga-tiga mereka cukup untuk memuaskan hati kami semua, tatkala mereka berhadapan dengan orang jauh lebih senior daripada mereka.

UIAM B tidak break ke Octo Final disebabkan margin yang negatif. Pun begitu, peningkatan yang mereka tunjukkan dari 1 match ke 1 match yang lain, walaupun dilanda masalah dalam team (paham2 sendiri lar kan?), memberi petanda yang mereka sentiasa belajar daripada kesilapan.

UIAM C tewas di suku akhir menentang UPM B. Kegigihan Anne membawa adik2 yang masih baru belajar berdebat perlu dipuji, pun begitu, mengajar Anne untuk belajar berkomunikasi dengan teammates dengan lebih baik dan tahu menghormati hati dan perasaan masing2.

UIAM D tewas di separuh akhir ketika menentang MMU. Gagal membalas dendam UIAM A terhadap MMU bukanlah dosa yang besar kerana pengalaman banyak membezakan antara keduanya.

Tahniah buat UPM kerana melayakkan diri ke pertandingan akhir dan buat MMU sebagai sebuah pasukan yang cukup berpengalaman, tahniah kerana berjaya menggondol gelaran juara, khususnya buat Myer Eyman (tak sure lar pulak ejaan nama dia), anchor pasukan MMU mernagkap pendebat terbaik pertandingan akhir semalam.

Kesimpulannya, bukanlah piala yang lebih bermakna dalam hidup ini, namun pengalaman dan pengetahuan yang ditimba perlu dijunjung tinggi. Apalah gunanya menang tanpa belajar sesuatu, lebih baik tewas namun mengaut pengalaman beribu. Usah sedih, usah kecewa, hari ini hati mungkin pedih, besok sudah berjaya giliran kita pula untuk ketawa.


Sekian~