Sunday, February 1, 2009

Debat Terbuka ASTAR 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Malam semalam tamatlah Pertandingan Terbuka ASTAR 2009 yang dijalankan di Kolej Pertama UM, Asrama Tunku Abdul Rahman (kalau tak silap) atau lagi glamour dikenali sebagai ASTAR. Tahun lepas (2008), UIAM telah dinobatkan sebagai johan pertandingan ini, dikepalai oleh Nana, Redhu, Anne and Sarhan.
Tahun ini, formula untuk melatih junior sebagai langkah untuk mencari golongan pelapis untuk debate UIAM, maka 4 team telah dihantar ke pertandingan ini.


UIAM A
Redza (kapten)
Za'ba (ketua kontinjen)
Radzi (bluekaripap)
Kak Zurin (dah kawin yer)

UIAM B
Maryam Jamila (betul ke ejaannye?)
Paan (kapten)
Syazwan (Ratu Dagu)
Haikal (Ratu Bebel)

UIAM C
Anne (teruskan make up)
Amalina (paddle pop)
Zur (otai tudung labuh merangkap kapten)
Asma' (suara unik)

UIAM D
Mail (belt LV)
Aiman (monyet)
Danial (taste tua, can do merangkap kapten)
Rempit (misai)

Keputusannya:

UIAM A tewas di Octo Final menentang MMU. Pun begitu, persembahan yang cukup hebat oleh ketiga-tiga mereka cukup untuk memuaskan hati kami semua, tatkala mereka berhadapan dengan orang jauh lebih senior daripada mereka.

UIAM B tidak break ke Octo Final disebabkan margin yang negatif. Pun begitu, peningkatan yang mereka tunjukkan dari 1 match ke 1 match yang lain, walaupun dilanda masalah dalam team (paham2 sendiri lar kan?), memberi petanda yang mereka sentiasa belajar daripada kesilapan.

UIAM C tewas di suku akhir menentang UPM B. Kegigihan Anne membawa adik2 yang masih baru belajar berdebat perlu dipuji, pun begitu, mengajar Anne untuk belajar berkomunikasi dengan teammates dengan lebih baik dan tahu menghormati hati dan perasaan masing2.

UIAM D tewas di separuh akhir ketika menentang MMU. Gagal membalas dendam UIAM A terhadap MMU bukanlah dosa yang besar kerana pengalaman banyak membezakan antara keduanya.

Tahniah buat UPM kerana melayakkan diri ke pertandingan akhir dan buat MMU sebagai sebuah pasukan yang cukup berpengalaman, tahniah kerana berjaya menggondol gelaran juara, khususnya buat Myer Eyman (tak sure lar pulak ejaan nama dia), anchor pasukan MMU mernagkap pendebat terbaik pertandingan akhir semalam.

Kesimpulannya, bukanlah piala yang lebih bermakna dalam hidup ini, namun pengalaman dan pengetahuan yang ditimba perlu dijunjung tinggi. Apalah gunanya menang tanpa belajar sesuatu, lebih baik tewas namun mengaut pengalaman beribu. Usah sedih, usah kecewa, hari ini hati mungkin pedih, besok sudah berjaya giliran kita pula untuk ketawa.


Sekian~

8 comments:

  1. hehe..motif nak letak perlambangan kat kitorang semua??

    betul...banyak belajar lgi bmakna dri menang!

    ReplyDelete
  2. perlu ke taste tua??? huuu

    ReplyDelete
  3. danial taste tua?hahaha

    radzi- basuh baju.. bukan bluekaripap dah..hehe

    btw, tq mentor.

    ReplyDelete
  4. to paan:
    suka hati aku alr..ada aku kisah? yg ado~

    to danial:
    tak mau mengaku pulak!

    to radzi:
    wah, aku tau lar kau dah tukar blog kan..hahaha

    ReplyDelete
  5. izzat..kalau ada gambaq upload ya.. :)

    ReplyDelete
  6. to adam:
    nanti try cari kat budak2 junior

    ReplyDelete
  7. Siot izzat~!

    awat tak ckp ko kat UM ~!!

    ReplyDelete
  8. to fuqaha:
    aku lupa nak bgtau kau..aku bgtau ami, dia mcm nak tak nak jer reply, terus aku down..malas aku nak bgtau org lain dah..
    hu3..

    ReplyDelete