Saturday, February 7, 2009

Kisah di Perak: Kenapa Perlu Perak?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekarang 1 Malaysia kecoh pasal kes kat Perak, suka sangat lompat parti sana, lompat parti sini. Tup tup...Perak akan ada Menteri Besar baru.
Apa kes?
Inilah namanya bahana bermain politik.
Aku bukan orang Barisan Nasional-BN (seperti yang didakwa oleh Bean) dan aku juga bukan orang Pakatan Rakyat (PR).
Aku melihat banyak benda dalam keadaan neutral and not sided (wah!)
Bagi aku, personally, apa yang berlaku sekarang adalah, teknik (wah!) senjata makan tuan.

Mengapa?

Janji Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru pada 16 September 2008 dengan cara, akan ada ahli parlimen BN yang akan melompat parti ke PR. Tunggu punya tunggu, tak dak pun.
Lepas tu, Datuk Seri kata, bagilah masa sampai raya haji, mesti jadi punya. Dengan alasan, waktu tu, ahli parlimen BN dibawa ke Taiwan (ke Hong Kong..ntah) untuk belajar pertanian kat sana (katanya..).
Sekali lagi, masa berlalu.
Sekarang ni dah nak masuk raya Thaipusam dah, tak dak apa pun.
Tiba-tiba..yang berlaku adalah, ahli DUN PR lompat parti masuk BN di Perak dan sekarang Perak yang jatuh ke tangan PR selepas PRU 12 kini sudah bertukar tangan kepada BN.

Bak bak boof!!

Yang adO?

Gambar kat Perak baru2 ni..

Orang2 PR semua protes, bising, siap ada yang buat2 baring atas jalan lagi (tak takut kena langgar ke?). Kononnya, tindakan ini tidak berintegriti, tidak sah di sisi undang2.
Habis tu, waktu gossip tersebar luas kata orang BN nak masuk PR, korang tak pulak kata itu tidak berintegriti?
Nampak tak apa yang berlaku dalam politik Malaysia, melatah bila dah kena kat batang hidung sendiri. Selagi tak kena, tak pa, semua elok, semua ok jah, kan?

Yang orang BN ni pun sama, kata nak menangani politik wang, masalah rasuah, katanya tidak bermaruah, abis tu, nak pulak ambik orang yang tidak berpegang pada prinsip, laparkan kuasa, dahagakan harta masuk dalam BN? Tanpa diorang sedari, sebenarnya, msej yang cOba disampakan melalui keadaan ini adalah, bila2 masa sahaja, mana2 negeri khususnya Perak, akan bertukar ganti kerajaan yang memerintah.

Kenapa?

Semuanya kerana KUASA dan WANG.

So, pandai2 lar untuk semua orang muhasabah diri sendiri. Ketaksuban kita terhadap politik telah mengakibatkan fokus untuk memajukan negara sudah beralih arah. 4 negara kat dunia ni dah muflis (Iceland antaranya) dek penangan krisis sub-prima di Amerika Syarikat, kita bukan sibuk nak cari solution to deal with the crisis, tapi kita lagi sibuk nak cari kerajaan baru untuk memerintah negara ini (walaupun pilihan raya umum dah berlangsung setahun lalu).

Tak tau lar apa nak jadi dengan Malaysia.

Ada orang mungkin setuju dengan aku, ada orang mungkin tidak, terpulang kepada setiap individu, masing2 punya hak untuk bertindak.

Wallahu'alam~

8 comments:

  1. meletz!!!..ye ke dakwaan "neutral" dan tak memihak kpd sesiapa tu??hahah

    ReplyDelete
  2. haha
    our beloved kuale kangso ppulak kena attack. dah la dekat track cross country! hahaha.kena la cikgu zamri cari track lain.hahaha

    ReplyDelete
  3. to paan:
    sah2 lar aku neutral

    to rzr:
    kuale kangsor merletOp~

    to omg:
    mcm kenal jer..hahaha

    ReplyDelete
  4. to paan:
    motif aku tak neutral?
    huhuhu

    ReplyDelete
  5. haish..last2 skali both side bodo aaa

    same2 padan muke..

    pkr ilang prk

    bn org makin x ske...kan???cam ne tuan speaker??hahha

    ReplyDelete
  6. to din:
    betul, aku setuju...
    punyer lar kemaruk kuasa and duit, sampai sultan sekali kena tarik..
    sultan perak is one of the best sultan in Malaysia..
    lepas kes ni jer semua org tuduh sultan dah kena rasuah dgn umno, sedangkan diorg tak tau, dlm keadaan yg 'luar biasa', sultan boleh bertindak sedemikian rupa, berdasarkan kebijaksanaan baginda sebagai ketua hakim negara sebelum ni...
    atas dasar emosi, manusia sudah hilang pertimbangan akal dan budi...

    ReplyDelete