Monday, March 30, 2009

Weekend: Berehat ke?



Jadual Perlawanan

Result


Markah Speaker


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Weekend lepas (27-30 Mac 2009), aku ke MCKK a.k.a Koleq, sekolah lama yang telah banyak mengajar erti kehidupan. Seperti biasa, aku ke sana bukan untuk bermain jambu macam segelintir orang tu (aha, aha~) tapi untuk train team debate Koleq. Ye lar, tournament dah dekat. Interschool Debate UIA akan diadakan dari 24-29 April 2009. Lepas tu, PPM pulak hujung bulan Mei. Sini aku letak link ke website Interschool Debate, kot-kot lar ada yang nak tengok kan. Nak download form penyertaan ke, nak usha-usha ke.


www.iiu.edu.my/spice/idc09/home.html

Lepas ni aku dah tak free pasal Rabu ni (1st April 2009), dah start final exam, dimulakan dengan paper Environmental Law.
So, dengan masa yang terluang weekend ni, aku pun gigih lar balik sorang-sorang (junior coaches yang lain? yang adO~ banyak alasan!) Naik bas pukul 4.30-4.45 petang, hari Jumaat. Siap ponteng last class Company Law lagi. Dah nak buat macam mana, Dr Engku Rabiah atau lagi glamour dikenali sebagai ERA pun bagitau lambat, tahniah lar kan. Abg Raf (Chief Coach) pulak balik keesokan harinya, pasal ada banyak kerja. Biasalah, Senior Manager Petronas. What are you going to expect kan?

So, sampai Kuala Kangsar dalam 7.30-7.45 maghrib/malam. Cikgu Azfa yang ambik kat bus station and hantar ke Hotel Sri Kangsar verangan. Sepatutnya, Cikgu Umi dah book untuk 2 malam, tiba-tiba Nyonya yang jaga kaunter tu kata dengan kekwatnya, 1 malam jah pasal besok full walaupun dah book. Down~ Kiasu betul. Terpaksalah besoknya aku kena cari hotel a.k.a rumah tumpangan lain (pasal kuarters guru kat koleq tu ada cikgu-cikgu kriket verangan yang duduk, weekend tu jugak lar ada tournament kriket kat koleq for North Zone). Tak pa lah...

So, malam tu start training. Besoknya, buat lar pulak Liga Debat MCKK, 4 teams. Hari Sabtu, 3 kali lawan waktu siang, 1 kali lepas Earth Hour verangan tu (hipokrit sangat idea Earth Hour tu. Tutup lampu tapi kereta-kereta still lepaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida kat atas jalan tu, peti sejuk still lepaskan CFC, macam mana nak atasi global warming??) Hari Ahad pulak 2 kali lawan and buat Q & A session lepas abis semua.


Team Marvellous: Nash, Halim, Aqwa



Team Prep School Brothers: Piduih, Babloo, Mat Deris, Hassan and Hermione


Team Superb: Jord, Faizul, Popo



Team Viva La Vida: Fadzillah, Ayie, Rosnah


Struggle discuss nampak?


Gelap, tak nampak...


Walaupun berbaju putih, tetap tak nampak orangnya...

Bukan senang nak tengok Rosnah buat keje kan?


Abg Raf melawat anak-anak itik...(aku terpaksalah ikut sekali kan)

Lepas tengok budak hockey training, tengok budak volley training pulak.


Kitorang gerak balik malam lepas Abg Raf tengok anak-anak itik training hoki, and then tengok pulak budak volley training, lepas tu baru pegi jumpa Kak Rod (isteri coach debate dia dulu, dah amcam kaka sendiri aku tengok). Memang mesra and rapat geLL. Bercerita macam-macam benda dari pukul 7 maghrib sampai lar pukul 8.30 malam. Then baru kitorang gerak balik ke KL dalam hujan yang amat lebat. Lepas dinner kat Ulu Bernam, Abg Raf pualk dah mengantuk walaupun disumbat dengan kacang, ikan BBQ, Mister Potato perisa Rempah Pedas, air soya bean dll lagi, aku terpaksalah drive from mana ntah, sampailah kat Shell, sebelum masuk UIA tu. Tong-tong sampai UIA dalam pukul 12.15 tengah malam. Heh, sapa kata aku tak reti drive?

Penat tu memang lar penat. Kalau nak diikutkan, since sebulan dua bulan lepas, aku tak pernah spend time weekend kat UIA. Ada jer benda kat luar yang aku kena buat. Tapi, aku sentiasa terfikir, bahawa kepenatan aku ni boleh dibalas dengan kejayaan orang yang diajar, atau setidak-tidaknya, mereka yang diajar ini tahu menghagai, siapakah aku and menjadi insan yang berguna serta tidak lupa diri, tepati janji yang telah dilafazkan sedari awal tatkala menceburi dunia debat ini.


Di koleq, bukan kemenangan dalam perdebatan semata-mata yang kami tekankan, atau nilai ini bukanlah keutamaan, seperti yang selalu diungkap dan diingatkan oleh Abg Raf, arwah Abg Ben mahupun coaches lain, tapi apa yang perlu menjadi kiblat perjuangan adalah, supaya setiap produk yang dilahirkan, menjadi insan yang berguna, berbudi bahasa dan pandai menilai antara kaca dan permata. Menang kalah adat pertandingan, hanya Tuhan yang dapat menentukan. Tapi, pembentukan peribadi insan, boleh dibina dengan kesungguhan dan keberkatan.


Fiat Sapientia Virtus-Kebijaksanaan Mutu Manusia

7 comments:

  1. bila tengok pict bwh sekali tu, budak baju merah gemuk tu sebijik mcm member batch aku sorang ni. name die syafiq zamhuri. burung.

    haha. terigt lak dulu masa blk koleq dgn abg raf n aleng. malam b4 tu aku tidur at 330am. esok paginye bertolak kol 630. tak sampai 3 jam tidur.

    esok nye, lepas workshop, kena gak drive. nasib baik la aleng teman - jd co-pilot. ada gak yg kasi tazkirah malam tu. bulan puase lak tu. berbuka dgn pau YL yg orang kata syubhah tu.

    mengucap je lar just in case tertidur time drive mase tu.hahah

    ReplyDelete
  2. Salam Izzat! A big hello from Singapore!

    Wow..saya benar2 kagum dengan persada debat yang begitu aktif dan rancak di M'sia..no wonder the nation has been blessed with so many great speakers such as yourself!

    Hmm sayang sekali, di Singapura, dunia perbahasan, dalam Bahasa Inggeris mahupun Melayu..tidaklah seaktif mana..keep up the great work! =)

    Emelda

    ReplyDelete
  3. to anonymous:
    apasal aku macam kenal kau? tulis nama boleh tak? aku dah susah nak kenal org ni..huhuhu

    to datin seri emelda:
    datin seri, saya ni tidaklah seELOK mana. huhuhu.. maybe you should start the culture of debating in your country. nanti glamour lar puan seri kan, EMELDA JUMARI, founder of debating team in singapore, merletOp!!
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. Haha..Izzat, I think right, I will just mould my future students to be great speakers..my time as a pembahas/pemidato running out soon. I'm semi-retired Izzat! Yan PABM tu pun I dihantar because tak ada sesiapa lagi..haha!

    I seriously suka tengok your Koleq juniors bersungguh2 training..comel lah! I would want to send my future son there! Boleh tak? Haha! =)

    ReplyDelete
  5. Must you point out semua junk food yg digunapakai tak nak bagi aku mengantuk?

    Aku mengantuk masa bawak keter ni makin menjadi2 la. It's age catching up.

    Last 2 training is going to be fun. I've planned it all. Ha ha the rest is all up to them and rezeki.

    We've done our job.

    I am going for umrah this year. Tabung Haji tolak lagi rayuan aku nak pegi haji. Mati dulu kot - boleh harap ke budak2 ni upah haji kalau aku mati dulu.

    Aku dengan ini meninggalkan sejumlah wang sebanyak RMXXXXXXX kepada pasukan bahas MCKK, semoga janji yang dibuat oleh Captains setiap tahun hidup lebih lama dari aku dan ben.

    ps: Kenapa kau x promotekan rumah pelacur? Aku rasa aku dah bosan duduk rumah pelacur la... toilet terlampau mengerikan.

    ReplyDelete
  6. alaa otord, kau memang suka pun bawak keter aku. ada 2 speeding ticket yg aku x bayar lagi masa kau bawak, aku nak tuntut bila kau dah start kerja.

    ReplyDelete
  7. to datin seri emelda:
    boleh aja lepas tu aku kena ajar anak kau kan. mmg aku suruh dia hafal pantun Elok sebelum dia start debate/pidato.hahaha..

    to noni kapet:
    haruslah point out, penting tu, disamping kegusaran saya duduk sebelah tu and tak boleh tido kan.
    suruh jer otord byr, dia kan byk duit..

    ReplyDelete