Monday, June 29, 2009

28th June 2009 (Futsal and Konsert Dato Siti Nurhaliza)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sekrang aku berada di KL.
Berada di KL dalam masa seminggu untuk bergumbira seketika selepas abis attachment kat court tu. Akhirnya sempurna..huhuhu..

Bertolak dari Butterworth pada hari Sabtu, 27hb Jun, dengan menaiki bas jam 3 petang, berkenderaankan bas Transnasional, aku sampai di Hentian Duta pada jam 7.04 malam. Dalam 8.15 mlaam macam tu baru Zack datang ambik bersama Syazwan, semua gara-gara menunggu Syazwan bersiap (kata Zack lar kan). akibat lama tak jumpa member budak debate UIA ni, malam tu aku tido pukul 4.30 pagi, tahniah!!

Keesokannya, 28th June 2009, Bean kejut pukul 7.30 pagi, kejut aku, buat wake up call untuk pegi tengok futsal kat Subang, dekat dengan area Sunway Pyramid. So dengan berbekalkan 3 jam tido, kelam kabut mandi semua, pakai contact lense lagi, aku pun ikut lar Bean pegi sana. sebelum tu pegi ambik Joebar kat rumah dia dulu.




Then sampai sama, ada lar Chip, Pali, Nasim, Lomu, Apez and ramai lagi lorr. Diorang sampai awal gell (kira awal lar tu pasal kitorang sampai diorang dah ada ada kat situ). Then dekat-dekat game nak start dah team 1 lagi pun sampai, team along, Fahim, Fuad, Arm, Hakim, Tampin, Afiqqkhan bersama dengan Mayhur, Mat Rock dan lain-lain (aku pun ala-ala malas nak type, ramai lar jugak). So aku spent time dengan diorang sampai abis game semi plate team Along, then aku kena gerak ke KLCC pasla nak pegi beli perfume and barang skit. Untukr ecord, perfume aku dah abis baru-baru ni, so kenalah beli yang baru and semalam aku pegi Parkson KLCC, beli perfume Armani Diamond, wangi lar, sedap, sweet, and dapat voucher RM30. Muahaha..

Dah abis beli barang semua, kat area lif KLCC tu, dalam perjalanan nak ke LRT, ternampak beberapa makhluk yang memakai baju cheering Koleq, tup tup, antaranya Popo and Shahir. Diroang kat situ bawak budak SSP and beberapa student form Indonesia jalan-jalan kat KLCC, sempena program Summit verangan yang buat kat koleq basru-baru ni. apa lagi, teruslah budak 2 ekor tu excited jumpa aku, siap tinggalkan member diorang lagi, sembang dengan aku punyer lama, siap hantar aku ke LRT lagi ni, tak tahan betul. Anyway terima kasih Popo and Shahir.
Malam tu aku ada agenda yang lebih ebsar, Konsert Eksklusif SATU Dato Siti Nurhaliza kat Istana Budaya.


Aku gerak dari UIA dengan Zack, Wan Gem and Syazwe, Abe Haq nak ke sana dengan scandal dia (aha~). So, malam tu before masuk dalam hall, kitorang bergambar sakan lar kat luar tu. Huhu.. Gambar yang lain nanti korang tengok alr kat Facebook ek? Zack tak upload lagi.. Hehehe..


Anyway, bagi aku, personally, konsert tu sangat best, and tambah grand bila Tun Dr Mahathir and Tun Dr Siti Hasmah pun pegi malam tu, memang meletz abis lar!! Kalau aku, out of 5, aku bagi 4 stars. Sebabnya?

Vocal CT memang lar best, sangat meletz TETAPI ada 1 baju yang dia pakai tu buruk, colour hjau pekat, ala-ala warna Kadet Remaja Sekolah (KRS), terus down..and props yang digunakan agak biasa saja, tak grand. So, deserve lar dapat 4 bintang. Yang penting, ada 2-3 orang lelaki yang agak 'lemah lembut' kat sebelah aku, memang bising and diorang memang sangat over excited, rimas aku!!



Lepas konsert tu kitorang tak sempat nak dapatkan signature dia pasal keluar dari hall dah pukul 11.25 p-m, kitorang kena rush balik UIA lagi, nak makan lagi, before tengok konsert tu memang lapar geLL. Selamat lar konsert yang bermula dengan opening act oleh Aizat and CT pulak start dengan lagu Hati dan berakhir dengan lagu Cahaya Cinta tu mampu melupakan perut aku yang kelaparan ini. Huhuhu..

Sekian dulu...



Saturday, June 27, 2009

26 jun 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
1. Hari ni tamatlah sudah attachment program aku kat Mahkamah Sesyen/Majistret Butterworth. Alhamdulillah.. Komen panjang berkaitan attachment ni, tak payah lar kot. Cumanya, aku rasa program yang bercredit hour 5 macam ni, perlu assigned to the supervisor/master untuk bagi students tu some work to do because kalau tak, memang jadi macam aku lar, termenung jauh jer selalu. Cuma di akhir-akhir program ni baru terasa best skit. Staff mahkamah memang sangat frenly, seriously. Hakim dan majistret pulak, ada yang baik, ada yang kekwat, masing-masing punyer perangai lar kan.


Dengan Irene, attachment student from UKM


Bersama Tuan Amin(duduk), Kak Yanti (Melayu), Kak Vani (India)


Bersama Kak Guna (duduk) dan Miss Hui


Verangan


Before gunting rambut


2. Pagi tadi aku dengar kat radio waktu bawak kereta nak pegi court yang Michael Jackson sudah meninggal dunia kerana komplikasi jantung kalau tak silap. Terkejut aku. And 1 hari, dari pagi sampai petang Hot FM sembang pasal Michael Jackson. Nak buat macam mana, ajal maut di tangan Tuhan. Tapi aku confuse, sampai sekarang, status Michael Jackson ni, dia ni Islam ke tidak? Tau tak?



3. Malam tadi tengok Transformers: Revenge of The Fallen kat Jusco Bandar Perda, Penang, tengok dengan mak and adik (Aiman). Bagi aku movie tu sangat meletz and wajib tengok bagi sesiapa yang tak tengok lagi. Huhuhu


Sekian..

Sunday, June 21, 2009

Selamat Hari Bapa: Kepada Siapa?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni 21hb June 2009, Hari Bapa disambut di Malaysia. Aku pun tak tau kenapa tapi hari ni tak disambut dengan havoc macam Hari Ibu, diskriminasikah? Huhuhu..

Bila tengok kat tv pasal orang sambut Hari Bapa, dengar kat radio pasal Hari Bapa, hatiku sayu.

Aku sudah tidak mampu berbual dengan bapa seperti orang lain..
Juga tidak lagi mampu meluangkan masa dengannya..
Bergurau apatah lagi...
Apa yang dapat aku lakukan kini adalah berdoa untuk kesejahteraannya..
Di sana..
Surah Yaasin sebagai tanda ingatan diri ini untuknya..

Al-fatihah...



Yaacob Mohd Saad (Datuk/Wan)
25 Mei 1932-24 Ogos 2006




Md Jonid Md Noor (Ayah)
25 Ogos 1955-10 Ogos 2006



p/s: Hargailah mereka sementara mereka masih ada.......

Update Debate

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada beberapa benda yg aku nak update:

1. Debat Perpaduan 2009
Bertempat di UNIMAS, pertandingan debat perpaduan telah diadakan, tarikh tak ingat. UIAM yang dibarisi oleh Syazwan, Bo' a.k.a Wahid a.k.a Firdaus, Yoges dan Ezuwan a.k.a Wan Gem. Rezeki masih bersembunyi dari UIAM kerana nasib kurang baik, dengan 3 kali kemenangan dan 3 kali kekalahan, UIAM berada di kedudukan nombor 10 selepas pusingan awal lantas tidak berjaya break ke quarter dan Bo' berjaya memboloskan diri ke top 10 overall best speaker. Amat menyedihkan. Pun begitu, tahniah kepada UITM kerana berjaya mencipta record hatrick dengan menjuarai kejohanan ini 3 kali berturut-turut. Tahniah juga kepada Abg Nizam kerana menggondol title Best Speaker final.

2. Debat Kepenggunaan 2009
Bertempat di UTHM, Johor, kali ini pasukan UIAM diwakili oleh Pijat, Zack, Yobbi dan Wawa. Pasukan yang baru pertama kali digandingkan bersama dan boleh dikatakan agak muda. Walaupun muda, bisa yang mereka pamerkan usah dipandang enteng kerana dnegan 4 kali kemenangan dan 2 kekalah, pasukan ini berada di ranking ke-6 selepas pusingan awal dan layak ke suku akhir. Rezeki masih malu-malu apabila kali ni perjuangan UIAM terhenti di suku akhir apabila tewas di tangan UKM. Pun begitu, tahniah kepada Pijat kerana berjaya menempatkan diri dalam kalangan top 10 overall best speaker di tangga ke-4. Tahniah kepada UPM kerana berjaya muncul sebagai johan pertandingan ini, dan tahniah juga kepada Syamsul kerana berjaya meraih gelaran pendebat terbaik pertandingan akhir terebut.

3. Debat Piala TNC UKM 2009
Ini pula adalah pertandingan debat untuk budak-budak sekolah. Untuk pertama kalinya MCKK menghantar pasukan, kerana kali ni aku mendapat info dari Aqwa, info yang diperolehnya dari seorang rakan bernama Afzal. Setelah berusaha mencari contact number person in charge, mereka ku hubungi dan asalnya penyertaan MCKK tidak diterima kerana kuota pasukan sudah mencukupi yakni 20 dan sudah agak lewat. Namun memandangkan ini adalah kali pertama MCKK ingin menyertai pertandingan sebegini, hanya 1 pasukan yang dibenarkan. Pun begitu, aku bersyukur. Kali ini, MCKK menghantar mereka yang jarang sekali berdebat atau tidak pernah berdebat atau tidak pernah pergi mana-mana tournament; Jord, Bionik, Rozie dan Akhif. Setelah training yang agak dahsat selama 6 bulan sebelum ini, mereka hanya mampu memperoleh 3 kali kemenangan dan 3 kali kekalahan. Bersesuaianlah dengan tema pasukan kali ini: Flexible, Cair dan Hancur(hanya sesetengah orang yang memahami). Lantas menempatkan diri di ranking ke-14 daripada 22 pasukan, tandanya tidak break ke quarter. Tahniah kepada STAR yang mucul juara, tahniah juga kepada SSP yang muncul naib juara, mengekalkan prestij mereka selaku naib juara bertahan tahun lalu walaupun badi tewas di tangan STAR di UIA masih terkesan ke atas mereka.

Kata Kak Maz, kalah itu pasti, menang itu bonus. Bukan kemenangan yang menjadi ukuran, namun prestasi yang dipamerkan yang menjadi pertimbangan. Kalau menang dengan kualiti yang mengecewakan, apa gunanya? Biar kalah bermaruah, jangan menang hanya kerana tuah. Semangat juang itu hanya boleh dilihat ketika pertandingan, dan bukan hanya boleh dinilai berdasarkan kata nista atau andaian semata.

Tengok dulu..kemudian...

Lu pikirlah sendiri....

Sunday, June 7, 2009

Azam Tahun Baru: 1 Sudah Buntu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Lama tak menulis (lama ke?) huhuhu..

Anyway, ingat lagi tak azam tahun baru aku? Boleh refer kepada 1st posting aku kat blog ni nanti. Aku cOba menjuarai at least 1 pertandingan pidato.

Keputusannya?

Setelah gagal di Pertandingan Pidato Antarabangsa untuk mara ke final tempoh hari, maka tamatlah sudah ruang dan peluang aku untuk berpidato mewakili UIA selepas ni. Kenapa? Peluang sebegini perlu diberikan kepada mereka yang lebih layak dan lebih muda serta berkeupayaan untuk mara lebih jauh daripada apa yang aku mampu lakukan, semudah itu.

Maka, ruang yang ada untuk aku sekarang adalah dalam pertandingan debat, isunya, masih adakah orang yang inginkan aku berkhidmat mewakili UIA? Bukan apa, aku risau badi aku membawa malang buat UIA, aku benar-benar risau. Ingin sekali untuk beraksi, namun apakan daya, hati kecil ini hanya mampu bermimpi, menjadi realiti jauh sekali.

Kesimpulannya, noktah untuk pidato....

Monday, June 1, 2009

Puaka Penentu di Cyberjaya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku tak dak mood nak tulis tapi just nak update.

PPM atau sebilangan golongan memanggilnya sebagai HKSBP (langsung tak fofular panggilan itu).
Team koleq macam mana?

Nasi goreng pataya adalah ilustrasi terbaik untuk menggambarkan pretasi tahun ni.

Basketball
Yang telah menjuarai bertahun-tahun akhirnya turun dari takhta apabila tak lepas grouping pun. Kalah dengan SEMASHUR and MOZAC kalau tak silap.

English
Kurang bernasib baik apabila menang 2 daripada 3 perlawanan di peringkat kumpulan dan tewas kepada STF dalam 1 perlawanan. Akibatnya, meskipun 3 pasukan yang menang 2 kalah 1 (Koleq, STF and Scn Selangor) tapi berdasarkan kiraan undi dan markah, STF telah dipilih untuk ke pusingan kalah mati.

BM
Berjaya melepasi peringkat kumpulan yang agak maut (Koleq, STAR [Naib Johan Interschool 2009], SBPI Gombak [Johan Debat Terbuka AYS 2009] dan SBPI Sabak Bernam). Di peringkat 2nd round, menentang SMS Johor, alhamdulillah, Aqwa masih berjaya mengetuai pasukan dalam memenangi perlawanan tersebut dan mengekalkan gelaran pendebat terbaik. Pusingan suku akhir, setelah badi Aslam,Aleng dan Fendy di 2nd round berjaya dipecahkan, Koleq dijaduakan bertemu SEMASHUR. Kenangan PPM 2004 terimbau kembali. Apa yang jadi waktu PPM 2004? Team aku (aku, Zaim, Aslam dan Aleng) kalah di quarter final dengan SEMASHUR. Tajuk si-alz waktu tu, Disiplin Penentu Kecemerlangan Akademik dan semua yang jadi pembangkang waktu tu semua menempah jalan keluar.

Tahun ni, perkara yang sama berlaku. Tajuknya Integriti Penentu Keharmonian dan Kemakmuran Negara. Perkataan berpuaka, PENENTU. Dan sekali lagi, semua pembangkang kalah. Sekian. Koleq side apa? Pembangkanglah. Maka, jalan keluar yang koleq dapat. Maka beraya sakanlah SEMASHUR kerana sekali lagi berjaya menewaskan koleq di PPM. Kenduri 7 hari 7 malam lar jawabnya.

Tahniah kepada finalist for BM: SMAP Kajang dan SMS Selangor.
Congratz to English finalists: SSP and SMSAH.

Good luck and all the best!!

p/s: Down...................