Sunday, June 21, 2009

Update Debate

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ada beberapa benda yg aku nak update:

1. Debat Perpaduan 2009
Bertempat di UNIMAS, pertandingan debat perpaduan telah diadakan, tarikh tak ingat. UIAM yang dibarisi oleh Syazwan, Bo' a.k.a Wahid a.k.a Firdaus, Yoges dan Ezuwan a.k.a Wan Gem. Rezeki masih bersembunyi dari UIAM kerana nasib kurang baik, dengan 3 kali kemenangan dan 3 kali kekalahan, UIAM berada di kedudukan nombor 10 selepas pusingan awal lantas tidak berjaya break ke quarter dan Bo' berjaya memboloskan diri ke top 10 overall best speaker. Amat menyedihkan. Pun begitu, tahniah kepada UITM kerana berjaya mencipta record hatrick dengan menjuarai kejohanan ini 3 kali berturut-turut. Tahniah juga kepada Abg Nizam kerana menggondol title Best Speaker final.

2. Debat Kepenggunaan 2009
Bertempat di UTHM, Johor, kali ini pasukan UIAM diwakili oleh Pijat, Zack, Yobbi dan Wawa. Pasukan yang baru pertama kali digandingkan bersama dan boleh dikatakan agak muda. Walaupun muda, bisa yang mereka pamerkan usah dipandang enteng kerana dnegan 4 kali kemenangan dan 2 kekalah, pasukan ini berada di ranking ke-6 selepas pusingan awal dan layak ke suku akhir. Rezeki masih malu-malu apabila kali ni perjuangan UIAM terhenti di suku akhir apabila tewas di tangan UKM. Pun begitu, tahniah kepada Pijat kerana berjaya menempatkan diri dalam kalangan top 10 overall best speaker di tangga ke-4. Tahniah kepada UPM kerana berjaya muncul sebagai johan pertandingan ini, dan tahniah juga kepada Syamsul kerana berjaya meraih gelaran pendebat terbaik pertandingan akhir terebut.

3. Debat Piala TNC UKM 2009
Ini pula adalah pertandingan debat untuk budak-budak sekolah. Untuk pertama kalinya MCKK menghantar pasukan, kerana kali ni aku mendapat info dari Aqwa, info yang diperolehnya dari seorang rakan bernama Afzal. Setelah berusaha mencari contact number person in charge, mereka ku hubungi dan asalnya penyertaan MCKK tidak diterima kerana kuota pasukan sudah mencukupi yakni 20 dan sudah agak lewat. Namun memandangkan ini adalah kali pertama MCKK ingin menyertai pertandingan sebegini, hanya 1 pasukan yang dibenarkan. Pun begitu, aku bersyukur. Kali ini, MCKK menghantar mereka yang jarang sekali berdebat atau tidak pernah berdebat atau tidak pernah pergi mana-mana tournament; Jord, Bionik, Rozie dan Akhif. Setelah training yang agak dahsat selama 6 bulan sebelum ini, mereka hanya mampu memperoleh 3 kali kemenangan dan 3 kali kekalahan. Bersesuaianlah dengan tema pasukan kali ini: Flexible, Cair dan Hancur(hanya sesetengah orang yang memahami). Lantas menempatkan diri di ranking ke-14 daripada 22 pasukan, tandanya tidak break ke quarter. Tahniah kepada STAR yang mucul juara, tahniah juga kepada SSP yang muncul naib juara, mengekalkan prestij mereka selaku naib juara bertahan tahun lalu walaupun badi tewas di tangan STAR di UIA masih terkesan ke atas mereka.

Kata Kak Maz, kalah itu pasti, menang itu bonus. Bukan kemenangan yang menjadi ukuran, namun prestasi yang dipamerkan yang menjadi pertimbangan. Kalau menang dengan kualiti yang mengecewakan, apa gunanya? Biar kalah bermaruah, jangan menang hanya kerana tuah. Semangat juang itu hanya boleh dilihat ketika pertandingan, dan bukan hanya boleh dinilai berdasarkan kata nista atau andaian semata.

Tengok dulu..kemudian...

Lu pikirlah sendiri....

9 comments:

  1. adakah pijat itu hafizah?

    ReplyDelete
  2. go go pijat comeback :) teruja menanti comeback izat..setelah bbrp bulan ebrtapa di mahkamah!!

    ReplyDelete
  3. to haxira:
    yer, pijat itu hafizah abd latiff..

    to Abg Cipul:
    aha..bertapa lar sgt..
    karang waktu debate terbuat gaya hakim deliver judgment mcm mana? hahaha

    ReplyDelete
  4. badi kalah dengan star?
    betul2.tensi. :D

    ReplyDelete
  5. to Ezzah:
    adalah hikmahnya tu..
    huhuhu

    ReplyDelete
  6. hmm.hikmah?
    mungkin lah abg izzat. :)

    ReplyDelete
  7. to ezzah:
    mungkin hikmah blog sendiri org tak boleh comment?
    hahahaha

    ReplyDelete