Semalam (27 Ogos 2009), kitorang berbuka puasa di Chilis, One Utama. Kitorang terdiri daripada:
Zaki @ JALmo
Nana
Mek
Thanks u olz~
p/s: Gambar Ihsan Zakwan Adenan SMAP Kajang...
Salams.
My name is Shabaana, I am advising you that my neighbour Ramadhaan will be visiting you soon with his wife Rezk and two children Sahur and Iftaar. They will be accompanied by three grandchildren, Rahmat, Barakat and Toubat, they will leave after thirty days by Eid airlines. Treasure them and you will be blessed.
-izzat jonid-
Hidangan aku sewaktu bersahur tadi...
Maaflah semua kerana sekian lama tak update blog ni. Bersawang, berhabuk abis
Debat Alam Sekitar 2009
Hujung bulan July hari tu, Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 (lebih fofular dengan gelaran DAS) diadakan di UTP. Di atas kertas, pasukan UIAM boleh dikatakan pasukan yang agak berpengalaman kerana di antara kami berempat (Syazwan, Kajol, Husna dan aku), ada yang pernah muncul juara dalam DAS sebelum ni dan ada yang pernah beraksi di pentas final DAS sebelum ni. Setelah survey dijalankan, pasukan lain yang agak berpengalaman adalah UPM dan UTP, selain daripada MMU yang menurunkan kombinasi Myer dan Nazwan yang sudah agak lama berdebat bersama, since di Debat Terbuka Arau dan ASTAR.
Keputusannya?
UPM muncul juara, naib johan disandang oleh MMU, pendebat terbaik pertandingan akhir dianugerahkan kepada Amiruddin (UPM).
Mana UIAM selaku pasukan yang menghiasi pertandingan akhir selama 4 tahun berturut-turut sebelum ini?
Suku akhir-kami tewas di suku akhir.
Dengan siapa?
UTP. Dalam pusingan awal, kami memperoleh 4 kemenangan, 2 kekalahan. Menang ke atas UTEM, UTP, UPM dan MSU. Tewas kepada UTP.
Maknanya?
Rekod pertandingan kali ni adalah-UIAM dan UTP bertemu 4 kali; 3 kali di pusingan awal,1 di pusingan kalah mati. Dan perjuangan UIAM mati di situ apabila ditewaskan dengan juri 2-3, memberikan kemenangan kepada UTP.
Perasaan?
Sedih dan kecewa. Ayat klisenye adalah ‘tiada rezeki’.
bertujuh ini (campur Auzan, Nana and Pijat). Entahlah. Coaches lebih memahami. Yang penting, aku hanya memanaskan bangku simpanan. Sama ada aku simpanan yang
baik atau tidak, tanyalah rakan sepasukanku. Huhuhu..
Mungkin juga hakim-hakim mahukan pembaharuan dalam kalangan kami. Mungkin orang sudah buhsan dengan
Debat Kemerdekaan 2009
Pertengahan Ogos 2009, diadakan Pertandingan Debat Kemerdekaan 2009 di USIM, Nilai. Pasukan UIAM kali ini membariskan muka lama dan baru dan lama tapi baru
Aku dikhabarkan yang diorang menang 5 perlawanan dalam pusingan awal (menang ke atas UUM, UTP, MMU, USIM dan UKM) dan tewas 1 perlawanan kepada UITM. Dengan kedudukan di ranking ke-2 di belakang UM, suku akhir UIAM bertemu dengan UPNM (Helman, Wan Ghazly dan Raja) dan alhamdulillah, UIAM menang dengan juri 4-1, Husna pendebat terbaik.
Di peringkat separuh akhir, seolah-olah sudah menjadi kewajipan untuk bertemu UTP dalam mana-mana pertandingan. Kombinasi yang mula dibentuk sejak Debat Arkib 2008 (Junny, Hairul dan Siddiq) boleh dikatakan agak berpengalaman, kombinasi ini jualah yang telah melenyapkan impian beraksi di pentas akhir DAS 2009 dan kali ini, ternyata, badi yang sama mengena apabila UTP sekali lagi berjaya menewaskan UIAM dengan juri 3-2 walaupun Kajol sebagai pendebat terbaik di dalam perlawanan itu. Sekali lagi kami dihampakan…
Tahniah kepad UTP kerana berjaya menjadi juara bertahan dalam pertandinga ini, tahniah juga kepada pasukan MMU yang berjaya memboloskan diri ke pertandingan akhir untuk 2 tournament berturut-turut, khusus kepada Myer kerana meraih gelaran pendebat terbaik pertandingan akhir.
Tindakan selanjutnya?
Berubah dan cari pembaharuan. Nasihat ini juga adalah untuk diriku sendiri. Tidak ada makna menuding jari, sebaliknya muhasabah secara sendiri dapat membantu kita menjadi pendebat dan manusia yang lebih berguna. Terima kasih kepada penyokong-penyokong yang turut mengikuti perjalanan ke UTP mahupun ke USIM. Kepada coaches dan ahli-ahli KDBM UIAM, maaflah kerana gagal melangsaikan bebanan ini dengan baik.
Perubahan bermula dengan diri sendiri. Kita yang memilihnya…