Saturday, August 22, 2009

Debate Updates


Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Maaflah semua kerana sekian lama tak update blog ni. Bersawang, berhabuk abis kan? Nak buat macam mana, kehidupanku sebagai seorang student (universiti) agak dahsat, boleh tahan lar busy. Ya lah, siang (pagi sampai petang) pergi kelas, malam pulak ada training debate. Kebiasaannya, aku hanya akan sampai di bilik lepas abis training dalam pukul 2 pagi (ya lah, nak clear sampah sarap budak-budak ni lagi, susun kerusi etc. Diorang ni nama jer dah besar panjang, tapi perangai still macam budak-budak, sampah sendiri pun tak reti-reti nak buang, tegur dah berpuluh kali, kalau marah, kita kena marah balik, dah tak dak disiplin, nak buat macam mana)


Debat Alam Sekitar 2009







Hujung bulan July hari tu, Pertandingan Debat Alam Sekitar 2009 (lebih fofular dengan gelaran DAS) diadakan di UTP. Di atas kertas, pasukan UIAM boleh dikatakan pasukan yang agak berpengalaman kerana di antara kami berempat (Syazwan, Kajol, Husna dan aku), ada yang pernah muncul juara dalam DAS sebelum ni dan ada yang pernah beraksi di pentas final DAS sebelum ni. Setelah survey dijalankan, pasukan lain yang agak berpengalaman adalah UPM dan UTP, selain daripada MMU yang menurunkan kombinasi Myer dan Nazwan yang sudah agak lama berdebat bersama, since di Debat Terbuka Arau dan ASTAR.




Keputusannya?


UPM muncul juara, naib johan disandang oleh MMU, pendebat terbaik pertandingan akhir dianugerahkan kepada Amiruddin (UPM).


Mana UIAM selaku pasukan yang menghiasi pertandingan akhir selama 4 tahun berturut-turut sebelum ini?


Suku akhir-kami tewas di suku akhir.


Dengan siapa?


UTP. Dalam pusingan awal, kami memperoleh 4 kemenangan, 2 kekalahan. Menang ke atas UTEM, UTP, UPM dan MSU. Tewas kepada UTP.


Maknanya?


Rekod pertandingan kali ni adalah-UIAM dan UTP bertemu 4 kali; 3 kali di pusingan awal,1 di pusingan kalah mati. Dan perjuangan UIAM mati di situ apabila ditewaskan dengan juri 2-3, memberikan kemenangan kepada UTP.


Perasaan?


Sedih dan kecewa. Ayat klisenye adalah ‘tiada rezeki’. Ada kebenarannya. Tapi, usah kita salahkan rezeki semata-mata tanpa melihat usaha dan iltizam kita dalam pertandingan kali ni secara keseluruhannya. Kalau kita sendiri kurang berdisplin-datang training lambat, waktu tournament lambat, training tak dak orang datang etc., agak-agak Allah nak bagi tak kita rezeki tu? ‘Kita’ dalam konteks ayat ini tidak hanya berfokus kepada pasukan itu sendiri, tetapi KDBM UIAM secara keseluruhannya. Mungkinlah aku tidak sesedih 3 orang yang lain iaitu Syazwan, Husna dan Kajol kerana aku direhatkan di dalam pertandingan ini. Mungkin kerana aku tak perform dalam training ataupun mungkin aku lebih sibuk memikirkan tentang duit elaun dan kebajikan teammate aku yang

bertujuh ini (campur Auzan, Nana and Pijat). Entahlah. Coaches lebih memahami. Yang penting, aku hanya memanaskan bangku simpanan. Sama ada aku simpanan yang

baik atau tidak, tanyalah rakan sepasukanku. Huhuhu..


Mungkin juga hakim-hakim mahukan pembaharuan dalam kalangan kami. Mungkin orang sudah buhsan dengan gaya dan cara kami dalam pertandingan kali ini. Apa bezanya UIAM dalam pertandingan kali ni berbanding dengan pertandingan yang sama tahun lepas atau 2 tahun lalu? Jawapan yang boleh diberikan secara jujurnya adalah hampir tiada.


Debat Kemerdekaan 2009



Pertengahan Ogos 2009, diadakan Pertandingan Debat Kemerdekaan 2009 di USIM, Nilai. Pasukan UIAM kali ini membariskan muka lama dan baru dan lama tapi baru nampa muka, aha~ (Husna, Kajol, Yoges dan Auzan). Aku hanya mengikuti perkembangan diorang dari jauh kerana au terpaksa balik ke Kulim kerana pada 15 Ogos 2009 telah diadakan majlis tahlil di rumah and tahlil ni dah dirancang sekian lama, since aku buat attachment kat court Butterworth lagi. Maaflah kawan-kawan. Family comes first. Ada orang kata, kalau aku tak balik Kulim, confirmed aku yang debate kali ni, tapi tak pa lah, aku ditentukan untuk tak debate kali ni. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.


Aku dikhabarkan yang diorang menang 5 perlawanan dalam pusingan awal (menang ke atas UUM, UTP, MMU, USIM dan UKM) dan tewas 1 perlawanan kepada UITM. Dengan kedudukan di ranking ke-2 di belakang UM, suku akhir UIAM bertemu dengan UPNM (Helman, Wan Ghazly dan Raja) dan alhamdulillah, UIAM menang dengan juri 4-1, Husna pendebat terbaik.


Di peringkat separuh akhir, seolah-olah sudah menjadi kewajipan untuk bertemu UTP dalam mana-mana pertandingan. Kombinasi yang mula dibentuk sejak Debat Arkib 2008 (Junny, Hairul dan Siddiq) boleh dikatakan agak berpengalaman, kombinasi ini jualah yang telah melenyapkan impian beraksi di pentas akhir DAS 2009 dan kali ini, ternyata, badi yang sama mengena apabila UTP sekali lagi berjaya menewaskan UIAM dengan juri 3-2 walaupun Kajol sebagai pendebat terbaik di dalam perlawanan itu. Sekali lagi kami dihampakan…


Tahniah kepad UTP kerana berjaya menjadi juara bertahan dalam pertandinga ini, tahniah juga kepada pasukan MMU yang berjaya memboloskan diri ke pertandingan akhir untuk 2 tournament berturut-turut, khusus kepada Myer kerana meraih gelaran pendebat terbaik pertandingan akhir.


Tindakan selanjutnya?


Berubah dan cari pembaharuan. Nasihat ini juga adalah untuk diriku sendiri. Tidak ada makna menuding jari, sebaliknya muhasabah secara sendiri dapat membantu kita menjadi pendebat dan manusia yang lebih berguna. Terima kasih kepada penyokong-penyokong yang turut mengikuti perjalanan ke UTP mahupun ke USIM. Kepada coaches dan ahli-ahli KDBM UIAM, maaflah kerana gagal melangsaikan bebanan ini dengan baik.


Perubahan bermula dengan diri sendiri. Kita yang memilihnya…

4 comments:

  1. Yoges dan Auzan?
    Pendebat baru UIAM?

    ReplyDelete
  2. Yoges boleh dikatakan agak baru-tahun ke2 pelajar undang2..dia dah masuk 2 tournaments; perpaduan dan arkib 2009. sgt berpotensi sekiranya bakat digilap dan komitmen yg tinggi dari diri sendiri

    Auza-sudah berada di tahun ke-4,juga pelajar undang2.sebenarnya sudah lama join debate uia tapi berhenti rehat sedari tahun ke-2 kerana nak focus study (katanya~)mungkin lepas ni kemunculan mereka agak kerap kerana uia sgt jarang menghantar line up dan team yg sama dlm mana2 tournament, itu prinsipnya..

    ReplyDelete
  3. to divv raj: no problem
    sorry for the late reply

    ReplyDelete