Saturday, September 19, 2009

Terawikh Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Tadi aku menunaikan solat terawikh terakhir untuk Ramadhan kali ini, mungkin juga terawikh terakhir dalam hidup aku, seandainya sudah tertulis di Loh Mahfuz bahawa aku tidak berkesempatan untuk bertemu Ramadhan 1431 Hijrah. Dalam dunia sekarang, apa-apa boleh jadi. Sebab itulah kita kena sentiasa bersedia, kerana ajal maut telah ditentukan oleh Nya.

Dalam kesiap siagaan kita itulah, kita kena sentiasa bermuhasabah tentang amalan, tingkah laku, dan keperibadian kita. Mungkin, bagi kita, apa yang kita lakukan itu betul, namun tidak di mata orang lain. Kalau tidak di mata seorang sahaja, kebenarannya masih boleh dipertahankan, namun tatkala kebenaran itu terang-terangan menjadi 1 kesalahan, adakah ia masih lagi 1 kebenaran?

Ini berbeza dengan cerita Mahathir, tatkala idea pembinaan Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Proton dan banyak lagi, dikritik hebat kerana manusia zaman itu masih tidak mampu menjangkau pemikiran alaf baru, maka benar atau salah masih belum sahih, hanya pandangan peribadi yang mampu disuarakan. Keadaannya bersifat neutral. Berbeza dengan perkara yang sudah jelas bertentangan dengan nilai dan gaya hidup kita, sebagai seorang yang beragama Islam, mungkin berbangsa Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak dan lain-lain lagi, perkara yang salah akan tetap menjadi salah, melainkan terdapat pengecualian oleh hukum syara'.

Coba kita analisis keadaan berikut, adakah ia nilai yang betul atau salah:

Tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan- betul/salah?
Tidak menghormati orang lain, khususnya yang lebih tua-betul/salah?
Menyalahkan orang lain atas kelemahan diri sendiri-betul/salah?
Berpura-pura alim hanya semata-mata untuk mengaburi kelemahan diri sendiri-betul/salah?

Jawapan di tangan anda.

Mungkin ada baiknya di dalam bulan Ramadhan kali ini, sesuatu terjadi untuk memberikan kita semua 1 pengajaran yang amat berharga dalam kehidupan, dengan syarat, kita bersedia untuk belajar, dan terus belajar. Kita tidak sebagus yang kita sangka, kita tidak sehebat yang kita jangka. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak pernah sempurna, jauh sekali mengecap kehidupan seperti di inderaloka. Tidak kurang pun maruah diri dengan meminta maaf, tidak hilang pun nilai manusiawi dengan mengakui kesilapan diri, sebaliknya apa yang kita miliki, makin tinggi martabatnya, jika kita menginsafi hakikat ini.

Sempena bulan Ramadhan yang akan berlalu pergi ini, sempena bulan Syawal yang akan menjelma dalam masa sehari, aku;Muhammad Izzat bin Md Jonid, menyusun jari, dengan niat yang ikhlas di hati, dengan rasa rendah diri, memohon maaf kepada saudara/saudari yang pernah terkecil/terasa/ tersinggung dengan kata-kata/perilaku/tulisan aku selama ini. Moga-moga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Yang Maha Esa dan bergembiralah di bulan Syawal nanti.


Gambar aku waktu form berapa pun aku tak ingat, form 3 kot. Huhuhu



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

Wednesday, September 16, 2009

Di Rumah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekarang dah boleh dikira sebagai masuknya malam tujuh likur (aku pun tak tau kenapa nama 7 likur tu, yang aku tau pasal malam 27 Ramadhan). Atas desakan dan gasakan Hazira (sepupu Faisol dan Izzati) aku kenalah update blog aku ni.

Weekend before cuti, kitorang KDBM telah menganjurkan Liga Pra Pemilihan Debat Riraja 2009, yang menggabungkan budak Gombak, Nilai, PJ and Kuantan. Alhamdulillah, 10 pasukan berjaya dibentuk yang menggabungkan pendebat dari kampus berbeza. 4 pusingan awal dijalankan berdasarkan sistem power match and 4 pasukan teratas akan menentang satu sama lain di semi final. Pasukan aku (Dodol) dengan nasib baiknya berjaya break di ranking ke-4, setelah menang 2 dan kalah 2. Margin yang agak-agak ok jer yang menolak team aku ke ranking ke-4.

Di semi final, team aku berlawan dengan team Syazwan, Yoges, Mail dan Firdaus. Aku pun lupa nama team ni. Untuk rekod, team aku dah lawan team diorang waktu 4th round and kitorang kalah, semua gara-gara terkejut dengan konteks and setting dunia peragaan high fashion oleh Mail tapi kitorang still maintain top speakers bila Amalina dinobatkan sebagai best speaker and aku di tangga ke-2. Aku ingat untuk semi final aku tak nak debate coz asalnya nak bagi budak-budak junior jer yang debate (dalam konteks team aku-Mazru, Amalina and Ashraf) tapi, memandangkan Mazru gediks tak bangun pagi Ahad tu, aku terpaksalah masuk ganti. Before semi pun aku call dia, tak jawab. Emos sekejap dengan model Prada ni.

Tak pa lah, lawan sajorh. Usul agak berat dan memerlukan analisis yang mendalam 'Pengundi Malaysia Sudah Bijak' kitorang kerajaan. Bila announce, team aku kalah 3-0 tapi secara mengejutnya aku dapat best speaker (motif sangat kan?) So team Syazwan masuk final and bertemu dengan team Wan Gem. The debate is quite good and team Syazwan menang 5-0, Yoges mengungguli gelaran best speaker dengan pungutan juri 4-1. Congratz!!

Liga kali ni, aku purposely conduct and mintak budak-budak batch 89 untuk tolong aku, in terms of buat paper work, booking venue, contact coaches etc, pasal diorang ni agak slow and tak tau banyak benda bila sampai bab-bab keje ni. Tapi tu lah, bila Allah nak tunjuk perangan sebenar, ada dalam kalangan diorang ni, nak tunjuk pandai dengan aku, tak patuh arahan, buat kepala sendiri and tak reti-reti guna common sense. Siapa? Tanyalah orang yang tau. Tapi nasihat aku kepada yang lain-lain; kalau tak tau, tanya and dalam kebanyakan keadaan, gunakanlah logik akal, dan jangan bergantung harap kepada arahan semata.









Then, aku tak ingat lar hari apa, Selasa kot, Hazira ajak berbuka puasa kat rumah dia. So kitorang pun pegi lar ke sana, laki-laki 3 orang sajorh-aku, Bob and Bean. Aku baru 1st time lar sampai rumah dia, kat Ampang. Tak ramai pun yang join. Tengok jer lar gambar kat bawah ni. Anyway, terima kasih sangat-sangat kepada Hazira Ismail kerana menjemput kitorang berbuka di rumahnya, moga Allah memurahkan rezeki Cik Hazira dan keluarga, dan hidup terus diberkati. Insya Allah...








p/s: Gambar di rumah Hazira ini ditaja atas ehsan empunya rumah. Syukran jazilan..


Sekian dulu..

Wednesday, September 2, 2009

Iftar di Kelab Darul Ehsan, Ampang (31 Ogos 2009)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

30 Ogos 2009:
Aku berbuka puasa bersama coaches of MCKK Debating Team; bersama dengan Bean, Bucks, Haqa, Abg Raf, Ed and Nab. Kitorang shopping kat Bazaar Ramadhan Taman Melawati. Mula-mula ingat lauk tak cukup tapi rupe-rupenye berlebihan. Yang penting malam tu tengok Konsert Satu Siti kat Channel 188 Astro. Dalam tv konsert tu macam choy sajorh sedangkan kat Istana Budaya hari tu best geLL. Diorang kata rakaman konsert tu on the 2nd day, kitorang pegi last day, on the third day. Tapi waktu 2nd day tu pun, Siti macam ala-ala tak perform sangat and yang paling penting baju dia agak choy yer, lagi-lagi baju coklat dia tu.

31 Ogos 2009:
MERDEKA!! (tiba jah~)
Kitorang (orang kuat Interschool tanpa Kak Mun) diajak berbuka puasa di Kelab Darul Ehsan, Ampang. Rezeki lar katakan. Buffet tu. Memang kenyang geLL. Terima kasih kepada Abg Azhar yang belanja kitorang semua. Memang perut rasa nak pecah jah. Huhuhu..


Ni lah Abg Azhar..



Bo', aku dan Jaki..



Antara makanan yang ada...



Meja Syazwan dan Abe Haq the scanner..awas!!



Budak-budak meja aku..



Faiz and Zamir..



Ya saya?



Muka menunggu berbuka puasa (puasakah? huhuhu)


Sekian sahaja untuk kali ini...


Selamat berpuasa!!