Wednesday, September 16, 2009

Di Rumah..

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekarang dah boleh dikira sebagai masuknya malam tujuh likur (aku pun tak tau kenapa nama 7 likur tu, yang aku tau pasal malam 27 Ramadhan). Atas desakan dan gasakan Hazira (sepupu Faisol dan Izzati) aku kenalah update blog aku ni.

Weekend before cuti, kitorang KDBM telah menganjurkan Liga Pra Pemilihan Debat Riraja 2009, yang menggabungkan budak Gombak, Nilai, PJ and Kuantan. Alhamdulillah, 10 pasukan berjaya dibentuk yang menggabungkan pendebat dari kampus berbeza. 4 pusingan awal dijalankan berdasarkan sistem power match and 4 pasukan teratas akan menentang satu sama lain di semi final. Pasukan aku (Dodol) dengan nasib baiknya berjaya break di ranking ke-4, setelah menang 2 dan kalah 2. Margin yang agak-agak ok jer yang menolak team aku ke ranking ke-4.

Di semi final, team aku berlawan dengan team Syazwan, Yoges, Mail dan Firdaus. Aku pun lupa nama team ni. Untuk rekod, team aku dah lawan team diorang waktu 4th round and kitorang kalah, semua gara-gara terkejut dengan konteks and setting dunia peragaan high fashion oleh Mail tapi kitorang still maintain top speakers bila Amalina dinobatkan sebagai best speaker and aku di tangga ke-2. Aku ingat untuk semi final aku tak nak debate coz asalnya nak bagi budak-budak junior jer yang debate (dalam konteks team aku-Mazru, Amalina and Ashraf) tapi, memandangkan Mazru gediks tak bangun pagi Ahad tu, aku terpaksalah masuk ganti. Before semi pun aku call dia, tak jawab. Emos sekejap dengan model Prada ni.

Tak pa lah, lawan sajorh. Usul agak berat dan memerlukan analisis yang mendalam 'Pengundi Malaysia Sudah Bijak' kitorang kerajaan. Bila announce, team aku kalah 3-0 tapi secara mengejutnya aku dapat best speaker (motif sangat kan?) So team Syazwan masuk final and bertemu dengan team Wan Gem. The debate is quite good and team Syazwan menang 5-0, Yoges mengungguli gelaran best speaker dengan pungutan juri 4-1. Congratz!!

Liga kali ni, aku purposely conduct and mintak budak-budak batch 89 untuk tolong aku, in terms of buat paper work, booking venue, contact coaches etc, pasal diorang ni agak slow and tak tau banyak benda bila sampai bab-bab keje ni. Tapi tu lah, bila Allah nak tunjuk perangan sebenar, ada dalam kalangan diorang ni, nak tunjuk pandai dengan aku, tak patuh arahan, buat kepala sendiri and tak reti-reti guna common sense. Siapa? Tanyalah orang yang tau. Tapi nasihat aku kepada yang lain-lain; kalau tak tau, tanya and dalam kebanyakan keadaan, gunakanlah logik akal, dan jangan bergantung harap kepada arahan semata.









Then, aku tak ingat lar hari apa, Selasa kot, Hazira ajak berbuka puasa kat rumah dia. So kitorang pun pegi lar ke sana, laki-laki 3 orang sajorh-aku, Bob and Bean. Aku baru 1st time lar sampai rumah dia, kat Ampang. Tak ramai pun yang join. Tengok jer lar gambar kat bawah ni. Anyway, terima kasih sangat-sangat kepada Hazira Ismail kerana menjemput kitorang berbuka di rumahnya, moga Allah memurahkan rezeki Cik Hazira dan keluarga, dan hidup terus diberkati. Insya Allah...








p/s: Gambar di rumah Hazira ini ditaja atas ehsan empunya rumah. Syukran jazilan..


Sekian dulu..

16 comments:

  1. Budak 89 tu kata 'biarlah apa org nak kata'..dia dah bergambar dgn Mahathir..hahaha

    ReplyDelete
  2. Dari tukang basuh baju ke tkg ampu. mentor dgn protege sama.
    Dua2 kaki mengutuk dan tikam belakang.
    Basuh baju ingat dah hebat sangat ke? Masuk royal pun reserve jah.
    Ingat student MCKK bijak gell?
    It doesn't reflect your intelligence!
    Alas, you guys have no ball.

    ReplyDelete
  3. Eyt...bulan puasa ni..nak raya dah...

    Nabi Muhammad saw. Pernah menganjurkan agar
    siapa yang mempunyai tanggung jawab terhadap orang lain, baiknya itu
    menyangkut kehormatan atau apa saja, segera menyelesaikannya di dunia ini,
    sehingga tanggung jawab itu menjadi bebas (bisa dengan menebus, bisa dengan
    meminta halal, atau meminta maaf). Sebab nanti di akherat sudah tidak ada
    lagi uang untuk tebus menebus. Orang yang mempunyai tanggungan dan belum
    meminta halal ketika dunia, kelak akan diperhitungkan dengan amalnya:
    apabila dia punya amal saleh, dari amal salehnya itulah tanggungannya akan
    ditebus; bila tidak memiliki, maka dosa atas orang yang disalahinya akan
    ditimpakan kepadanya, dengan ukuran tanggungannya. (Lihat misalnya, jawahir
    al-Bukhori, hlm. 275, hadis nomer: 353 dan shahih Muslim, II/430)


    sekian...~udah-udah leeerrr tu...

    ReplyDelete
  4. terima kasih kpd tanpa nama g ke-2 (yg pertama emosional, yg ke-2 rasional dan profesional)
    selamat beramal!!

    ReplyDelete
  5. la, kepada tanpa nama ke? kpd basuh baju? keh3

    ReplyDelete
  6. abg izat....
    team cheq name ketupat lah...
    hehe...
    lupe plak....

    ReplyDelete
  7. tensi okie.....citer bukak puasa rumah aku dah di overshadow oleh anon!!! benci kau!

    ReplyDelete
  8. Menceritakan perkara yang benar kepada orang lain berkaitan dengan
    seseorang yang mana orang itu tidak suka akan perkara tersebut dinamakan


    MENGUMPAT. Seolah2 kita makan daging saudara kita sendiri.

    Ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan:

    A. MENGUMPAT
    1. Al-Hujuraat ayat 12
    Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan
    (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya
    sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip
    atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah
    kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
    memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan
    mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.
    (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah
    kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha
    mengasihani.

    2. An-Nisaa' ayat 148
    Allah tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan dengan
    berterus-terang (untuk mendedahkan kejahatan orang); kecuali oleh orang
    yang dianiayakan.
    Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

    B. MENGADU DAN MENFITNAH
    1. At-Taubah ayat 47
    Kalaulah mereka keluar bersama kamu, tidaklah mereka menambahkan kamu
    melainkan kerosakan dan tentulah mereka segera menjalankan hasutan di
    antara kamu, (dengan tujuan) hendak menimbulkan fitnah (kekacauan) dalam
    kalangan kamu; sedang di antara kamu ada orang yang suka mendengar
    hasutan mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui akan orang-orang
    yang zalim.

    Hadith-hadith Nabi berkaitan dengan:

    A. MENGUMPAT
    Menjauhkan Diri Dari Mengumpat
    1. Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a:
    Seseorang telah bertanya Rasulullah s.a.w: Apakah sifat orang Islam yang
    paling baik? Rasulullah s.a.w
    bersabda: Seseorang yang menyelamatkan orang-orang Islam dengan lidah
    dan tangannya

    Manusia Perlu Mengelak Dirinya Dari Mengumpat Hadis Sofiah binti Huyai
    r.a katanya:
    1. Pada suatu malam ketika Nabi s.a.w sedang beriktikaf aku datang
    menziarahi baginda. Setelah puas berbual-bual dengan baginda, akupun
    berdiri untuk pulang. Rasulullah s.a.w ikut berdiri untuk menghantarku.
    Manakala tempat tinggal Sofiah adalah di rumah Usamah bin Zaid.
    Tiba-tiba datang dua orang Ansar. Apabila mereka melihat Nabi s.a.w
    mereka mempercepat langkah mereka. Lalu Nabi s.a.w bersabda:
    Perlahankanlah langkah kamu. Sesungguhnya ini adalah Sofiah binti Huyai
    Maha suci Allah, wahai Rasulullah.
    Lalu Rasulullah s.a.w bersabda Sesungguhnya syaitan itu berjalan pada
    aliran darah manusia. Sebenarnya aku risau ada tuduhan buruk atau yang
    tidak baik dalam hati kamu berdua.

    Tegahan dari mengumpat
    1. Hadis Abu Hurairah r.a:
    Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
    Adakalanya seorang hamba mengucapkan satu kalimah yang menyebabkan dia
    tergelincir ke dalam Neraka yang jaraknya dalamnya antara timur dan
    barat.

    2. Hadis Abdullah bin Mas'ud r.a:
    Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda:
    Perhatikan! Aku akan terangkan kepada kamu apakah dia Al-Adhhu? Ianya
    adalah umpatan yang biasa diucapkan di kalangan orang ramai.
    Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w juga pernah bersabda: Seseorang yang
    biasa berlaku jujur, maka beliau akan dicatat sebagai orang yang jujur.
    Sebaliknya orang yang biasa berbohong
    (berdusta) maka beliau akan dicatat sebagai pembohong

    B. BURUK SANGKA
    Hadis Abu Hurairah r.a:
    Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan
    ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu
    memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual
    atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai
    hamba-hamba Allah yang bersaudara.

    C. MENGADU DAN MEMFITNAH
    Hadis Huzaifah r.a katanya:
    Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak masuk Syurga orang
    yang suka menabur fitnah

    Sesetengah Alim ulama mengatakan "Jika kita ingin menghapuskan sesuatu
    keburukan hendaklah kita tutup keburukan tersebut.



    >>Respon..seperti mana u respon kpd anon ke 2.

    ReplyDelete
  9. Mengumpat?

    btol laa, ade perenggan yg macam izzat tgh mgumpat.

    Tak elok macam tu dik, org dah tahu apa yg izzat buat kat bdk2 sebelum ni. Jadi sudah2 la tu, Allah tu maha kuasa, klo Dia nk tunjuk, sekelip mata izzat.

    Jgn kali ni lagi membuatkan org makin xska dgn apa yg izzat katekan

    Ya Allah... jauhilah diriku, keluargaku, teman2ku dan sekalian umat dari sifat2 yg keji ini..... Amin...


    Selamat Hari Raya :)

    ReplyDelete
  10. To Anonymous yg comment 4.54 pm:
    With due respect, saya rasa anonymous yg comment at 5.45 pm is someone senior in KDBM.Mengumpat? That is not the very intention at all. Saya tak nak reveal perkara sebenar kerana akan mengaibkan seseorang. Cukup utk saya berdiam diri dan kelihatan bersalah di sini.

    Orang suka atau tak, i couldn't careless anymore. Hidup ni mmg tak sempurna and tak hidup dek puji, tak mati dek keji.

    Senang jer; byk org benci, byk jugak org yg menyukai.

    Mahathir pun byk jer org yg tak suka pasal apa yg dia ckp tu terlalu benar dan terlalu outspoken, siap ada yg nak kalungkan dia dgn selipar. Tapi? Brp ramai yg bersetuju dgn dia?

    Its ok kalau ada yg cOba berlagak alim di sini, kerana Allah itu lebih mengetahui siapa kita di sisinya.

    Itu sahaja.

    Bak kata Radzi; gua cool!!

    hahahaha

    ReplyDelete
  11. KEPADA ANONYMOUS2 DI ATAS.

    BAGUSLAH KALAU KORANG DAH ALIM(IN CASE ANONYMOUS2 NI ADALAH ORG YG BERLAINAN)

    TP KALAU STILL ORG YANG SAMA. NI ADA SATU PERINGATAN.

    YES, MNGUMPAT TU SALAH.

    ISUMYE SEKARANG ATTITUTE KAU TERHADAP ORG YG LEBIH TUA. ISLAM AGAMA SUCI YG MNGAJAR UMATNYA AMALAN BERSOPAN SANTUN DAN BERBUDI BAHASA SERTA BERHATI MULIA.

    BUKAN BIADAP DAN KURANG AJAR MAHUPUN SUKA MNYUSAHKAN ORG LAIN.

    ISLAM ITU MUDAH. AMAR MAARUF NAHI MUNGKAR.

    JAUHI KEMUNGKARAN SEPERTI BERZINA ETC.

    LAST BUT NOT LEAST, TERIMA KASIH DI ATAS PERINGATAN DOSA MNGUMPAT TERSEBUT. MOGA KITA SMEUA BERADA DI BAWAH LEMBAYUNG BARAQAH SENTIASA.

    amin.

    ReplyDelete
  12. To Anonymous 12.06 am:
    Terima kasih atas peringatan anda. Sama-samalh kita muhasabah diri.

    ReplyDelete
  13. apa hal bagi komen guna tanpa nama?

    Di mana kebranian umat Islam dalam berdakwah? Beb, baru kat blog ni, kalau ya pun beritahulah nama. Bukan apa, kdg2 dalam kita hendak menerima sesuatu ilmu, kita perlu tahu dan kenal si pembawa ilmu tu. Kalau tulis berjela-jela tapi kalau empunya diri pun perangai lebih kurang je, nanti macam mana ajaran tu hendak berkat kan.

    Lagi gua takut tak pasal2 apa yg cuba diajarkan itu tidak bertepatan pulak. Ini samalah macam Ayah Pin ajar solat.

    Ok, punca semua2 komen ni dari komen gua yg first tu. Peh- tak sangka begini jadinya.

    Gua nak minta maaf, tapi gua tak tahu kepada siapa. Kalau bagi nama, bolehlah koman2 pon gua hantar kad raya. Tak gitu?

    Apapun, gua tahu tanpa nama pasti menyesal. Kerana hal kecik, lu telah kehilangan sesuatu. Apa guna kalau pandai berdebat tetapi ungkapan maaf pun sukar dituturkan? Apa guna mempunyai otak tapi tak tahu nak fikir dalam-dalam ttg sesuatu tindakan?

    Kalau lu rasa lu betul sekalipun, adakah ia mebenarkan lu memaki hamun seorang yg berpengalaman dan tua dari lu? Mana sifat menghormati? Mana sifat rendah diri? Mana sifat mengakui kesilapan? Kenapa terlalu ego hinggakan akhirnya lu sendiri yang susah?

    Tak nak orang benci dan mengata tapi tak nampak kesalahan diri sendiri kenapa org berbuat demikian.

    It's all about attitude. Not whether you're right or wrong. That's another story.



    Ini bukan mengumpat.

    ReplyDelete
  14. Gua lupa llagi satu nak komen kat abg izzat..gua mmg dah lama nak ckp dari tadi. tp gua lupa.. gua geram gak bila baca posting ni..sebab..


    Cantik giler gambar kdbm tu!

    ReplyDelete
  15. to Radzi:
    mmg cantik..aku lupa nak bg credit.

    Terima kasih to reserve royal junior merangkap protege aku kerna mengedit gmbr itu dgn jayanya
    hahaha

    ReplyDelete