Saturday, September 19, 2009

Terawikh Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera.




Tadi aku menunaikan solat terawikh terakhir untuk Ramadhan kali ini, mungkin juga terawikh terakhir dalam hidup aku, seandainya sudah tertulis di Loh Mahfuz bahawa aku tidak berkesempatan untuk bertemu Ramadhan 1431 Hijrah. Dalam dunia sekarang, apa-apa boleh jadi. Sebab itulah kita kena sentiasa bersedia, kerana ajal maut telah ditentukan oleh Nya.

Dalam kesiap siagaan kita itulah, kita kena sentiasa bermuhasabah tentang amalan, tingkah laku, dan keperibadian kita. Mungkin, bagi kita, apa yang kita lakukan itu betul, namun tidak di mata orang lain. Kalau tidak di mata seorang sahaja, kebenarannya masih boleh dipertahankan, namun tatkala kebenaran itu terang-terangan menjadi 1 kesalahan, adakah ia masih lagi 1 kebenaran?

Ini berbeza dengan cerita Mahathir, tatkala idea pembinaan Jambatan Pulau Pinang, KLIA, Proton dan banyak lagi, dikritik hebat kerana manusia zaman itu masih tidak mampu menjangkau pemikiran alaf baru, maka benar atau salah masih belum sahih, hanya pandangan peribadi yang mampu disuarakan. Keadaannya bersifat neutral. Berbeza dengan perkara yang sudah jelas bertentangan dengan nilai dan gaya hidup kita, sebagai seorang yang beragama Islam, mungkin berbangsa Melayu, Cina, India, etnik Sabah dan Sarawak dan lain-lain lagi, perkara yang salah akan tetap menjadi salah, melainkan terdapat pengecualian oleh hukum syara'.

Coba kita analisis keadaan berikut, adakah ia nilai yang betul atau salah:

Tidak menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan- betul/salah?
Tidak menghormati orang lain, khususnya yang lebih tua-betul/salah?
Menyalahkan orang lain atas kelemahan diri sendiri-betul/salah?
Berpura-pura alim hanya semata-mata untuk mengaburi kelemahan diri sendiri-betul/salah?

Jawapan di tangan anda.

Mungkin ada baiknya di dalam bulan Ramadhan kali ini, sesuatu terjadi untuk memberikan kita semua 1 pengajaran yang amat berharga dalam kehidupan, dengan syarat, kita bersedia untuk belajar, dan terus belajar. Kita tidak sebagus yang kita sangka, kita tidak sehebat yang kita jangka. Kita hanyalah manusia biasa yang tidak pernah sempurna, jauh sekali mengecap kehidupan seperti di inderaloka. Tidak kurang pun maruah diri dengan meminta maaf, tidak hilang pun nilai manusiawi dengan mengakui kesilapan diri, sebaliknya apa yang kita miliki, makin tinggi martabatnya, jika kita menginsafi hakikat ini.

Sempena bulan Ramadhan yang akan berlalu pergi ini, sempena bulan Syawal yang akan menjelma dalam masa sehari, aku;Muhammad Izzat bin Md Jonid, menyusun jari, dengan niat yang ikhlas di hati, dengan rasa rendah diri, memohon maaf kepada saudara/saudari yang pernah terkecil/terasa/ tersinggung dengan kata-kata/perilaku/tulisan aku selama ini. Moga-moga amalan kita di bulan Ramadhan ini diterima oleh Yang Maha Esa dan bergembiralah di bulan Syawal nanti.


Gambar aku waktu form berapa pun aku tak ingat, form 3 kot. Huhuhu



SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN...

2 comments:

  1. thanks srikandi negara

    p/s: ada jugak org yg nak comment kat sini rupenye. huhuhu

    ReplyDelete