Thursday, November 26, 2009

Aidil Adha

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Alif Imran dan Izz Azfar (sepupu)


Besok (27hb November 2009), umat Islam di Malaysia (dan beberapa buah negara yang lain) akan menyambut Hari Raya Aidil Adha (juga dikenali sebagai Hari Raya Korban). Aku baru tiba di rumah (Kulim) malam semalam, dalam pukul 11.45 malam-12 tengah malam. Alhamdulillah.

Akan pulang semula ke UIAM (Gombak) hari Sabtu ni kerana ada agenda dan pengorbanan yang lebih besar yang perlu dilakukan iaitu persiapan menjelang Debat Di Raja 2009, yang akan berlangsung di UM dari 3-8 Disember 2009.

Izz Azfar (sepupu)

Bukan mudah untuk berkorban. Bagi mereka yang tidak pernah merasa peritnya bergelar seorang pendebat, tidak kiralah sekolah mahupun universiti (ataupun orang yang menjadi tulang belakang kepada pasukan debat-jurulatih (coaches), pasukan pengurusan dan lain-lain lagi), mungkin mereka tidak tahu atau tidak sanggup mengorbankan sesuatu yang sudah menjadi keselesaan buat mereka. Sekiranya mereka diminta untuk berkorban, pasti sejuta alasan akan diberikan.

Ini bukan satu pandangan skeptik ataupun sinis, ini adalah satu fakta, bukan auta. Sesuai sangat entri kali ini ditulis, bertepatan dengan pengorbanan kami (pendebat UIAM) sempena Pertandingan Debat Di Raja tidak lama lagi. Mungkin pengorbanan kami ini ada harganya yang tersendiri. Segalanya telah tertulis di atas sana.

Raya korban kali ini juga adalah kali pertama aku bergelar seorang Uncle secara rasmi. Sebelum ini hanya menjadi uncle tidak rasmi kerana menumpang gelaran atas anak saudara sepupu-sepupu yang sudah berkahwin dan beranak pinak. Kali ni baru real!! Hehehehe..


Nur Safa Humaira bt Mohd Fariz (niece)


Kepada mereka yang bakal menyertai Pertandingan Debat Di Raja 2009, selamat berjuang!!

Kepada mereka yang beragama Islam, Selamat Hari Raya Aidil Adha!!

4 comments:

  1. kan?
    buah hati pengarang jantung
    huhuhu

    ReplyDelete
  2. hasif.idris@yahoo.comDecember 5, 2009 at 10:55 PM

    'keselamatan perairan perdagangan kita tidak bersatu'....usul ditolak!

    ReplyDelete
  3. apa kaitan dgn usul tersebut?
    anyway, entry debat diraja akan menyusul tak lama lagi...

    ReplyDelete