Friday, December 11, 2009

Debat Di Raja 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertandingan Debat Di Raja 2009 yang berlangsung di Universiti Malaya telah sejak 7hb Disember.

Kali ini aku ditempatkan di dalam Pasukan Utama 1, bersama-sama dengan sahabat baikku (Kajol and Mek) dan juga En Auzan (dia sudah beristeri sebelum final exam hari tu).




Keputusannya?

Pusingan 1
UIAM Utama 1 v UTEM Muda 1
Menang
Margin: 9
Pendebat terbaik: Kajol

Pusingan 2
UIAM Utama 1 v UMT Muda 1
Menang
Margin: 5
Pendebat terbaik: Izzat

Pusingan 3
UIAM Utama 1 v UPM Muda 1
Menang
Margin: 2
Pendebat terbaik: Mek

Pusingan 4
UIAM Utama 1 v UPNM Utama 1
Menang
Margin: 3
Pendebat terbaik: Raja

Pusingan 5
UIAM Utama 1 v UPSI Utama 1
Menang
Margin: 5
Pendebat terbaik: Izzat

Pusingan 6
UIAM Utama 1 v UTHM Utama 1
Menang
Margin: 2
Pendebat terbaik: Izzat

Suku Akhir
UIAM Utama 1 v UKM Utama 2
Menang
Juri: 4-1
Margin: tak ingat
Pendebat terbaik: Kajol

Separuh Akhir
UIAM Utama 1 v UKM Utama 1
Kalah
Juri: 3-2
Margin: 1.33
Pendebat terbaik: Firdaus (Kak Da)



Senarai perlawanan itu telah menjelaskan segalanya. Kami tewas di separuh akhir. 1 perlawanan sahaja lagi sebelum melangkah ke pusingan akhir. Kami sedih. Ya, siapa yang tidak sedih bila kalah kan? Lebih-lebih lagi bila ia merupakan Royal terakhir Mek yang akan tamat pengajiannya pada bulan April-Mei nanti (Insya Allah).

Aku? Kajol?

Kami masih ada setahun lagi. Semester ini merupakan semester pertama bagi kami di tahun ke-4, tahun terakhir. Pada asalnya aku berniat untuk menjadikan Royal kali ini sebagai Royal terakhir aku dengan memenanginya, pasti bermakna kerana ia adalah kemenangan aku yang pertama sepanjang aku bergelar pendebat UIAM dan ia adalah kemenangan di Royal. Grand kan? Tapi sayang, Allah tidak merestui hasratku ini, rezeki kami tersekat di separuh akhir. Mungkin Allah mahu kami berjuang di Royal tahun hadapan pulak? Entah. Itupun kalau terpilih mewakili UIAM lagi.

Di sebalik kekalahan ini, kami cuba menenangkan perasaan masing-masing dengan mengingatkan diri sendiri bahawa setidak-tidaknya kami masih berjaya mengekalkan rekod juara liga dalam Royal selama beberapa tahun berturut-turut (aku tak ingat rekod ni dah dibuat berapa lama tapi seingat aku since 2005 sampailah 2009). Kami juga turut mendominasi gelaran 10 pendebat terbaik keseluruhan dengan Mek di ranking ke-10, Pijat di ranking ke-7, Kajol di ranking ke-2 dan aku buat pertama kalinya di ranking pertama. Alhamdulillah. Pun begitu, cubaan menenangkan hati sendiri masih sukar memadamkan memori kekalahan di separuh akhir. Entahlah..



Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu, secara langsung mahupun tidak langsung, kepada mereka yang telah banyak mendoakan kejayaan kami, terima kasih banyak-banyak. Aku, bagi pihak yang lain-lain memohon maaf kerana gagal melangsaikan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

p/s: Kekalahan ini tidak bermakna kami akan terus 'tidur' seperti setahun yang lalu.....

7 comments:

  1. uia hebat tahun ni...team muda and tua...oppss,utama..yelah 6 pusingan awal x prnah klah...kalo interskul tu sATU KEAJAIBN....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. thank you
    rezeki di tangan Tuhan, Dialah yang lebih mengetahui segalanya..

    ReplyDelete
  4. SUke sgt dgn pendebat uia yang menggelarkan dirinya kajol....versatil'...gaya die x tumpah masa sekolah menengah dulu kat saina...saya masih ada rekod perlawanan kajol masa di saina dulu sewaktu di ppm...best sgt2!!

    ReplyDelete
  5. kelab debat bm uia x nak anjurkan kursus or bengkel pengucapan awam ke coz saya yg budak harian biasa ni x pendedahan langsung tp minat gilerrr ngan debat....but peluang je x de...you are the best abang izat

    ReplyDelete