Saturday, December 19, 2009

Ingat Tak Dik?



Adik,

Keluarga kita adalah keluarga angkat.

Sesama kita tidak pernah ada pertalian darah.

Hanya seorang abang atau ibu yang akan mengambil kita dan menjaga kita.

Kita diambil berdasarkan kasih sayang dan belas ihsan.

Ingat tak dik?


Adik,

Dulu, kita semua hingusan.

Abang yang lebih tua yang banyak mengajar.

Abang memang garang.

Tapi dalam kegarangan abang, banyak perkara adik belajar kan?

Ingat tak dik?


Adik,

Bila umur meningkat, ego bertambah hebat.

Abang sudah keluar.

Adik pula menjadi abang di sana.

Abang tahu adik juga ada banyak dugaan.

Adik juga berdepan dengan tekanan.

Tapi bukankah dengan ajaran dan didikan abang, adik menjadi semakin kuat?

Ingat tak dik?


Adik,

Abang seorang manusia.

Adik pun seorang manusia.

Manusia tidak pernah lari dari kesilapan kan?

Abang memang ada salah dan silap.

Tapi adik boleh menegur kan?

Mungkin adik juga terlupa, bila menegur, ada batas dan hadnya.

Bukankah kita telah dididik untuk menghormati yang lebih tua?

Ingat tak dik?


Adik,

Abang sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

Kerisauan abang terjadi juga.

Adik sudah mula merasakan kehebatan diri adik.

Adik merasakan adik sahajalah manusia yang paling betul di dalam dunia ini.

Adik semakin ego, tanpa disedari.

Adik sudah lupa diri.

Kenapa resmi padi, makin berisi, makin tunduk ke bumi, tidak adik patuhi?

Ingat tak dik?


Adik,

Adik sudah pandai marah abang.

Hatta abang yang di dalam kawasan latihan ketenteraan pun adik cerca.

Belum lagi cerita abang yang alim dan faktor kewangan yang menghimpit keluarga.

Keluarga kita di ambang keretakan kerana adik menyalahkan semua orang.

Bukan berniat untuk adik mengambil jalan yang populis.

Jauh sekali menyuruh adik menjaga hati abang.

Tapi niat tidak pernah menghalalkan cara.

Itu jugalah falsafah asas keluarga ini.

Tapi adik lupa itu semua kerana adik rasa apa yang adik buat itu betul.

Betul di mata sesetengah orang tidak bermakna betul di mata yang lain.

Adik anggap apa-apa sahaja yang abang buat tidak betul.

Semuanya salah.

Bukankah setiap dari kita ada kekangan dan halangan tersendiri, kenapa adik sukar memahami?

Ingat tak dik?


Adik,

Adik kata abang sudah tidak berminat dengan keluarga ini.

Abang sudah tidak cinta dan kasih kepada keluarga ini.

Jangan main tuduh-tuduh dik.

Salah tuduh, jadi fitnah, berdosa namanya.

Abang tak nak adik tanggung dosa macam tu sahaja.

Bukannya adik tak boleh tanya abang elok-elok

Tapi kenapa adik tak pernah tanya?

Adik terus membuat anggapan dan kesimpulan mudah.

Banyak benda lagi dalam hidup ini yang adik belum lalui.

Adik baru memulakan pengajian di alam kolej dan universiti.

Sedangkan abang akan mengakhiri alam itu tidak lama lagi.

Alam lain yang menanti abang.

Abang perlu bersedia.

Adik mungkin tak pernah terfikir semua ini kerana kehidupan adik telah terjamin.

Adik ada biasiswa, keluarga yang kaya raya.

Abang bukan begitu.

Abang pernah mengajar, terima setiap dari kita seadanya.

Ingat tak dik?


Adik,

Sekiranya adik ingin meninggalkan keluarga ini.

Abang tidak boleh menghalang.

Kerana adik sudah membuat keputusan.

Adik rasa adik dipinggirkan.

Silakan.

Namun jika nasihat abang masih adik ingin dengari.

Di masa hadapan, ingatlah batas dan adab dalam kehidupan.

Adapun apa yang kita katakan itu benar.

Carilah kaedah dan jalan yang terbaik.

Menyalahkan orang lain tanpa memberikan penyelesaian.

Bukanlah satu contoh yang baik yang boleh adik banggakan.

Segala ajaran yang kita warisi.

Usah diabaikan.

Usah dibiarkan sepi.

Hanya kerana kita menganggap.

Tidak ada orang lain yang lebih betul melainkan diri kita.

Itu sahaja pinta abang.

Hati abang masih di sini.

Abang sedia memaafkan dosa adik.

Kalau ada dosa abang kepada adik, abang minta maaf.

Harapan abang.

Ingatlah adik.

Ingatlah.






p/s: Melayu Mudah Lupa....Fakta, bukan auta....

Wednesday, December 16, 2009

Final Juara Lagu-10 Januari 2010?

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku terbaca kat Forum Cari, Anugerah Juara Lagu 24 (ke 23?) akan dilangsungkan pada 10 Januari 2010 (taken form Gua.com-dia kata 10 Januari 2009, motip 2009?). Kalau betul, sama-samalah kita tengok AJL 10 Januari nanti yer..

Berikut merupakan finalists AJL 24...



Kau Aku (Aizat)


Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah)


Aku Scandal (Hujan)



Dan Sebenarnya (Yuna)



Aurora (Estranged)





Bengang (Akim)




Aku Rindu Sayang Kamu (Black)



Masih Jelas (Hafiz)



Situasi (Bunkface)



Rindu Terhenti (Tomok)



Pakai Buang (Stacy)



Pergi (Aizat)


Bencinta (Faizal Tahir)


Cinta Adam & Hawa (Misha Omar)



p/s: Analisis awal: Pilihan aku kali ini adalah Cinta Adam dan Hawa, Bencinta and Tak Mungkin Kerana Sayang. Aha~

Friday, December 11, 2009

Pasca Royal dan Teater Natrah


Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sementara masa ada ni kan, aku nak lar bagi komen sikit pasal penganjuran Royal hari tu. Secara peribadinya, aku merasakan Royal di UM hari tu merupakan penganjuran royal paling teruk yang pernah aku alami semenjak aku join Royal from 2005 (UKM) sehinggalah Royal 2008 (UIAM). Sampai-sampai for registration, lunch tak disediakan sedangkan masa pendaftaran dari 10 pagi- 2 petang. Motif tak boleh nak sediakan lunch?

Then waktu nak check in, ada lar dekat 5-6 kaunter, and setiap 1 kaunter ni kena isi borang yang sama, motif? Korang ingat kitorang rajin sangat ke nak isi borang yang sama dekat 20 kali? Nak ambik bantal isi borang, kunci pun isi borang-pening aku~ Memang aku emos waktu registration hari tu. And dah terlepas skit pun bila aku teremos dekat sorang-dua committee ni. Naik bilik jer, bukak jer pintu, Ya Rabbi-bau bangkai tikus memenuhi segenap ruang bilik itu-apakah? Budak-budak pompuan pulak bagitau yang bilik diorang diganggu oleh monyet-monyet.

Dah tak sediakan lunch tu, at least bukak lar cafe yang berhampiran. Ini tak. Cafe tutup. Kena jalan sampai fakulti sains mana ntah, untuk makan. Dah lar tak sediakan transport untuk pegi briefing, semua orang yang tidak berkenderaan terpaksa berjalan kira-kira 10 minit perjalanan, ala-ala merentas desa, turun bukit semua untuk ke tempat briefing. Tempat briefing pulak-kecik dan sempit, sangat tak selesa. Memang dugaan~ Itu belum cerita pasal majlis penyampaian hadiah yang choyest ever. Diorang ni tak belajar protokol ke?

Dah lar buat pertama kalinya semi finalist tak dapat duit, dapat trofi murah sajorh, top 10 best speaker, semua dapat sijil sajorh-tak dak trofi, tak dak hadiah apa-apa, eh, mana pergi duit yang kementerian dah bagi? Makanan pulak semua berbungkus. Ada makanan yang dah basi, and ada daging yang dah dibungkus sekali di dalam bungkusan makanan tu sedangkan ada orang India yang jadi peserta dalam pertandingan ni. Diorang ni tak sensitif langsung ke? Kalau kena kat batang hidung sendiri baru tahu. Kesan daripada masalah makanan yang mungkin dah diracuni oleh bakteria ke mende, 1st day of the tournament aku sakit perut geLL, dari waktu release motion untuk 1st round sampailah abis 2nd round, dekat 10 kali jugak lar aku jadi pengunjung setia toilet tu. Sabar jer lah.

Kesimpulannya-lain kali kalau tak reti nak organize tu, tanyalah kepada orang yang reti. Kita boleh kongsi apa-apa yang kita tau, sama-samalah belajar. Jangan jadi bodoh sombong, akibat bodoh sombong-inilah jadinya. Kepada tuan rumah dalam pertandingan debat yang akan datang-yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

9hb Disember 2009




Aku pergi menonton teater Natrah bersama Bean, Dod, Tengku, Exora, Kajol, Syazwan, Radzi, Redza, Non and Mail. Bagi aku teater tu ok lar, tak der lar boring sangat. Cuma ada part yang dragging skit kot macam party lepas Mansor Adabi and Natrah kawin tu. Ada orang kata mainan emosi Maya Karin and Remy Ishak waktu tu mantap tapi still bagi aku sikit-sikit sudeh. Watak Che Aminah lakonan Umie Aida and Natrah semasa umur 70 tahun oleh Sofea Jane sangat mantap. Seriously. Anyway, congratz to Erma Fatima selaku pengarah teater!!






p/s: Sirah Junjungan Tahajud Cinta lagi meletz~

Debat Di Raja 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pertandingan Debat Di Raja 2009 yang berlangsung di Universiti Malaya telah sejak 7hb Disember.

Kali ini aku ditempatkan di dalam Pasukan Utama 1, bersama-sama dengan sahabat baikku (Kajol and Mek) dan juga En Auzan (dia sudah beristeri sebelum final exam hari tu).




Keputusannya?

Pusingan 1
UIAM Utama 1 v UTEM Muda 1
Menang
Margin: 9
Pendebat terbaik: Kajol

Pusingan 2
UIAM Utama 1 v UMT Muda 1
Menang
Margin: 5
Pendebat terbaik: Izzat

Pusingan 3
UIAM Utama 1 v UPM Muda 1
Menang
Margin: 2
Pendebat terbaik: Mek

Pusingan 4
UIAM Utama 1 v UPNM Utama 1
Menang
Margin: 3
Pendebat terbaik: Raja

Pusingan 5
UIAM Utama 1 v UPSI Utama 1
Menang
Margin: 5
Pendebat terbaik: Izzat

Pusingan 6
UIAM Utama 1 v UTHM Utama 1
Menang
Margin: 2
Pendebat terbaik: Izzat

Suku Akhir
UIAM Utama 1 v UKM Utama 2
Menang
Juri: 4-1
Margin: tak ingat
Pendebat terbaik: Kajol

Separuh Akhir
UIAM Utama 1 v UKM Utama 1
Kalah
Juri: 3-2
Margin: 1.33
Pendebat terbaik: Firdaus (Kak Da)



Senarai perlawanan itu telah menjelaskan segalanya. Kami tewas di separuh akhir. 1 perlawanan sahaja lagi sebelum melangkah ke pusingan akhir. Kami sedih. Ya, siapa yang tidak sedih bila kalah kan? Lebih-lebih lagi bila ia merupakan Royal terakhir Mek yang akan tamat pengajiannya pada bulan April-Mei nanti (Insya Allah).

Aku? Kajol?

Kami masih ada setahun lagi. Semester ini merupakan semester pertama bagi kami di tahun ke-4, tahun terakhir. Pada asalnya aku berniat untuk menjadikan Royal kali ini sebagai Royal terakhir aku dengan memenanginya, pasti bermakna kerana ia adalah kemenangan aku yang pertama sepanjang aku bergelar pendebat UIAM dan ia adalah kemenangan di Royal. Grand kan? Tapi sayang, Allah tidak merestui hasratku ini, rezeki kami tersekat di separuh akhir. Mungkin Allah mahu kami berjuang di Royal tahun hadapan pulak? Entah. Itupun kalau terpilih mewakili UIAM lagi.

Di sebalik kekalahan ini, kami cuba menenangkan perasaan masing-masing dengan mengingatkan diri sendiri bahawa setidak-tidaknya kami masih berjaya mengekalkan rekod juara liga dalam Royal selama beberapa tahun berturut-turut (aku tak ingat rekod ni dah dibuat berapa lama tapi seingat aku since 2005 sampailah 2009). Kami juga turut mendominasi gelaran 10 pendebat terbaik keseluruhan dengan Mek di ranking ke-10, Pijat di ranking ke-7, Kajol di ranking ke-2 dan aku buat pertama kalinya di ranking pertama. Alhamdulillah. Pun begitu, cubaan menenangkan hati sendiri masih sukar memadamkan memori kekalahan di separuh akhir. Entahlah..



Terima kasih kepada semua yang telah banyak membantu, secara langsung mahupun tidak langsung, kepada mereka yang telah banyak mendoakan kejayaan kami, terima kasih banyak-banyak. Aku, bagi pihak yang lain-lain memohon maaf kerana gagal melangsaikan tanggungjawab yang diberikan dengan baik.

p/s: Kekalahan ini tidak bermakna kami akan terus 'tidur' seperti setahun yang lalu.....