Friday, May 29, 2009

Debat Terbuka Arau-Tamat Sudah Perjuangan UIAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni bermulanya quarter final for Arau Open. Semalam aku dimaklumkan yang diorang dibawak berjalan-jalan di sekitar negeri Perlis yang boleh abis round dalam masa sejam (betul ke? ntah lah). Hari ini nasib kurang menyebelahi pasukan UIAM apabila tewas di tangan UPM A di pusingan suku akhir. Berikut merupakan keputusan lengkap perlawanan tersebut:

Usul: Teknologi Hijau Senjata Terbaik
Kerajaan: UIAM A
Pembangkang: UPM A
Best sepaker: Pendebat UPM
Margin: 3.25
Juri: 4-1
Pemenang: UPM A

Untuk rekod, keputusan untuk pendebat terbaik adalah 2-1-1-1. Untuk team UIA, meskipun kalah, ini adalah pengalaman berharga untuk korang semua, berjuang dengan usaha sendiri dan belajar untuk berdikari. Setiap perkara yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Usah risau, dengan usaha keras kita selepas ini, insya Allah, rezeki kita telah ditangguhkan ke Perpaduan, Kepenggunaan, Alam Sekitar dan Kemerdekaan nanti. Yang penting, kita semua sudah tidak boleh berada di dalam comfort zone atau zon selesa. Ayuh bekerja keras mulai sekarang!!

Anyway, credit should be given to Arau's contingent:

Zur (ketua kontinjen)
Radzi
Redza
Ju
Mail
Aiman
Amalina
Haikal
Syazwan dagu
Asma
Maryam



Allah hanya membantu mereka yang berusaha dan bertawakal kepadaNya..........

Wednesday, May 27, 2009

Debat Terbuka Arau 2009 (Hari Ke-2)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ke-2 Arau Open.

Berikut merupakan keputusan hari ke-2, hari yang crucial.

4
th Round

UIAM A vs UITM Shah Alam
Best speaker: Radzi
Margin: 1
Pemenang: UITM Shah Alam

UIAM B vs SWING
Best speaker: Mail
Margin: 1
Pemenang: UIAM B

UIAM C vs UITM Terengganu
Bes speaker: Pendebat UITM
Margin: 1
Pemenang: UIAM C

5th Round

UIAM A vs UMP B
Best speaker: Radzi
Margin: 2
Pemenang: UIAM A

UIAM B vs UITM Shah Alam
Best speaker: Pendebat UITM
Margin: 1
Pemenang: UIAM B

UIAM C vs UPM C
Best speaker: Syazwan Dagu
Margin: 2
Pemenang UIAM C

6th Round (Silent Round=Round Zack)

UIAM A vs UITM Melaka
Best speaker: Radzi
Margin: 2
Pemenang: UIAM A

UIAM B vs UPM A
Best speaker: Pendebat UPM
Margin: 2
Pemenang: UPM A

UIAM C vs UITM Pahang
Best speaker: Pendebat UITM
Margin: 1
Pemenang: UITM Pahang

Berdasarkan keputusan tersebut, berikut merupakan kedudukan 10 pasukan teratas namun hanya top 8 yang akan mara ke knock out:

UTP
UPM A
UPM B UITM Pahang B
UITM Kedah B
UKM
UIAM A
UMP B
UIAM B
UIAM C

Sayang seribu kali sayang apabila pasukan UIAM B dan C kurang bernasib baik kerana berada di tangga ke 9 dan ke10. Walau bagaimanapun, usaha dan semangat mereka untuk berjuang wajar diberikan pujian kerana kali ini mereka berdikari dalam berjuang. Tahniah untuk adik-aduik sekalian!!

Sekarang, pasukan 3 orang (UIAM A) yang akan meneruskan perjuangan ke peringkat menang mara. Insya Allah, dengan semangat dan doa daripada seluruh warga KDBM, rezeki pasti berada di pihak kita kali ini, insya Allah...

p/s: Posting sebelum ini telah diedit dek teguran daripada seseorang yang amat saya hormati. Terima kasih.

Debat Terbuka Arau 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Debat Terbuka Arau sudah bermula hari ini (26th May 2009). Tak silap aku, ini adalah pertama kali UIAM menghantar pasukan pertandingan debat ini kerana alasan yang sering diberikan sebelum ini adalah surat jemputan tidak diperoleh (tak tau lar sama ada surat betul-betul tak dapat ke mende). So, UIAM menghantar 3 team:

UIAM A
Redza
Jue
Radzi (Kapten)

UIAM B
Mail (Kapten)
Aiman
Amalina
Haikal

UIAM C
Asma
Syazwan Dagu
Zur (Kapten dan Ketua Kontinjen)
Maryam


Kita tengok pencapaian diorang untuk 1st day dulu:

1st Round

UIAM A v UITM Sarawak B
Best speaker: Jue
Margin: 9
Pemenang: UIAM A

UIAM B v UTP
Best speaker: Aiman
Margin: 2
Pemenang: UTP

UIAM C v UITM Perlis
Best speaker: Zur
Margin: 5
Pemenang: UIAM C

2nd Round

UIAM A v UITM Pahang A
Best speaker: Radzi
Margin: 1
Pemenang: UITM Pahang A

UIAM B v UITM Perlis
Best speaker: Aiman
Margin: 6
Pemenang: UIAM B

UIAM C v UPM
Best speaker: Pendebat UPM
Margin: 2
Pemenang: UPM

3rd Round

UIAM A v UITM Pahang B
Best speaker: UITM
Margin: 2
Pemenang: UIAM A

UIAM B v UITM Shah Alam A
Best speaker: Mail
Margin: 3
Pemenang: UIAM B

UIAM C v UITM Perak A
Best spekaer: Syazwan Dagu
Margin : 4
Pemenang: UIAM C

Hmmm..agak memberangsangkan, tiga-tiga team menang 2 kalah 1 untuk 1st day, not bad. Moga-moga rezeki UIAM dimurahkan untuk diorang menyambung perjuangan for the second day and knock out nanti, insya Allah..

Saturday, May 23, 2009

Kronolgi diCampak Kecil-kecilan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

21hb Mei 2009 (Khamis)

6.30 pagi: Bangun tido, kepala rasa berat semacam

7.00 pagi: Breakfast, mintak ubat kat mak, telan ubat

7.20 pagi: Kepala tak rasa berat dah, tapi selsema lar pulak, pergi court, drive sendiri

7.55 pagi: Sampai court

8.00 pagi: Masuk ofis

8.15 pagi: Kak Mala and Mr Ganeson (Jurubahasa) tanya kenapa tak sihat, offer ubat, tapi aku kata, dah telan ubat kat rumah tadi, ingat selsema akan stop lar

9.00 pagi: Hakim masuk court, aku terpaksa keluar masuk mahkamah berulang kali pasal hingus ni makin rancak mengeluarkan dirinya.

12.30 tengah hari: Jumpa Tuan Faiz (Supervisor) pasal nak bagitau lecturer nak datang check hari Jumaat pagi, tapi dia tak dak pagi tu. Kena lar call Dr Ismail bagitau dia and Dr Ismail kata dia nak datang petang tu, dalam 3-4 petang pasal dia datang dari Alor Star. Aku baru ingat nak balik lepas lunch pasal selsema yang agak dahsat ni, tapi terpaksalah stay pasal nak jumpa Dr Ismail.

1.30 petang: Lunch

2.00 petang: Masuk ofis balik

2.15 petang: Badan rasa tak sedap, telan ubat lagi.

2.30 petang: Selsema dah slow down tapi badan pulak rasa sejuk semacam.

3.15 petang: Dr Ismail datang dengan abang dia and aku bawak dia jumpa Tuan Faiz. Dah habis sembang and discuss semua, bagi souvenir dari UIA, dia pun balik.

5.00 petang: Balik dari court

5.30 petang: Sampai rumah and badan dah rasa panas semacam.

8.15 malam: Pergi clinic. Doktor sahkan aku kena Demam Cempak versi kecik dengan merujuk kepada bintik-bintik kecik kat tangan and badan, macam ruam. Down sekejap. Ingat demam biasa jah. Even aku tak pernah sedar pun ada ruam tu. Maybe malam tu baru naik kot. Dapat MC seminggu (22nd-28th May 2009).



Itulah ceritanya....

Tapi aku heran, demam campak ni berjangkit. Soalnya, aku berjangkit dengan sapa? Sapa yang kat court tu yang ada demam campak? Kalau pun ada, aku ni bukan bersentuhan dengan semua orang pun, macam mana pulak boleh berjangkit? Haish, aku pun tak paham..

Untuk rekod, aku dah pernah kena demam campak versi besar waktu ambik result PMR dulu.

Sekian...

Monday, May 18, 2009

Debat Integriti Hari Ke-2 dan Ke-3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sori geLL tak update blog pasal Debat Integriti semalam, aku ala-ala mengantuk and tido awal. Ni pun dah ngantuk tapi nak update blog jap di samping kena baca statutes yang hakim verangan suruh aku study and baca (walaupun subjects pasal procedure ni hanya akan diajar waktu final year, yang adO!!)

2nd day, UIAM 1 menang 2 kalah 1, menang dengan UMP 1 and USIM 1, kalah dengan UITM 1. UIAM 2 pulak, alhamdulillah, berjaya memenangi kesemua perlawanan pada hari ke-2, menang ke atas UNITEN B, UTHM B and UKM 1. Pun begitu, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Apabila tamat 6 pusingan awal, UITM mendahului carta sebagai pasukan yang tidak pernah kalah, diikuti UPSI, USM, UTM, UIAM 1, UUM, UKM and UPM. Dan UIAM 2 berada di ranking ke-9 dengan perbezaan margin hanyalah 0.16 dengan pasukan di tangga ke-8. Maka tamatlah perjuangan pasukan UIAM 2.

Pun begitu, dalam mood kesedihan yang melanda delegasi UIAM, Mek (Nurul Husna Ahmad nama sebenarnya) dari UIAM 2 telah ditabalkan sebagai pendebat terbaik keseluruhan, diikuti rapat oleh kawan baiknya, Kajol (Farhan Nor Diyana Samsudin nama sebenarnya) dari UIAM 1 di ranking ke-2.

Berikut merupakan match up untuk pusingan suku akhir:
UITM v UPM
UTM v UIAM
UPSI v UKM
USM v UUM

Pusingan suku dan spearuh akhir telah berlangsung hari ini. Nasib kurang menyebelahi UIAM kali ini apabila tewas di suku akhir pada UTM dengan juri 2-3, margin 5.5 kalau tak silap. Sekian sajalah perjalanan UIAM dalam siri pertandingan kali ini. Untuk rekod, semi final menemukan:
UITM v UTM
UKM v USM

Dan, besok, final, menemukan:
UITM v UKM

Begitulah ceritanya Pertandingan Debat Integriti kali ini. Apa nak jadi? Fikirlah sendiri.

Ada 1 perkara yang aku nak share lar, UIAM perlu untuk start focus kepada golongan muda a.k.a pelapis. Benar, fokus itu telah mula diberikan dan dapat dilihat dalam siri pertandingan kali ini, cuma penerimaan tanggungjawab golongan muda untuk membawa nama UIAM mperlu dipikul dengan rasa amanah dan bersemangat, dan bukan hanya megah pada nama, namun lemah pada usaha dan kudratnya. Kami, golongan yang sudah senior dan agak lama di dalam dunia debat (lagi-lagi Abg Jepp) hanya mampu menasihati dan menegur mana-mana yang tidak sedap diperhati, namun bergantung kepada kesedaran diri, untuk menerima segala kritikan dan bimbingan, dengan hati yang lapang dan senang. Jangan merasakan diri anda diva, jauh sekali mencapai status primadona, bak kata Abg Cipul, mungkin tahap tapak kaki sajorh!!

Kalau nak mintak tolong demo debate waktu Interschool pun bagi berjuta alasan, komen sewaktu latihan pun tak mahu disalin, latihan pun tak datang, apakah itu lambang anda sudah hebat? Atau merasakan anda memang hebat? Hebat ini bukan diukur kepada pengiktirafan diri sendiri atau teman wanita/teman lelaki sendiri, tetapi hebat itu dinilai berdasarkan pengiktirafan orang di persekitaran yang menyaksikan. Nasihat saya, hanya 1 :

"Berhenti Verangan!!"

Sunday, May 17, 2009

Akademi Fantasia 7 dan Debat Integriti 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Tadi aku baru abis tengok Konsert Final Akademi Fantasia 7, untuk rekod, aku tak foloow pun AF7 pasal bila sekali dua aku tertengok atau plan nak tengok, performance and vocal diorang lahar, so memang maaf lah kan. Tadi pun aku tengok pasal dah konsert final, nak gak tengok, ape ke benda transformasi yang dah berlaku and nak gak tengok whether (eh, macam nak tulis issue dalam exam law pulak) Akademi Fantasia berjaya menjadi transformer kepada budak-budak tu.
Juara AF7: Hafiz dari Sarawak


Secara jujurnya, konsert tadi sangat lahar! Aku tak tau pasal apa, pilihan lagu tak best ke, lagu baru buhsan ke, latihan tak cukup ke, tak sesuai dengan jiwa ke, yang penting, the best word to describe the concert is-LAHAR. Kalau ikut aku lar kan, untuk 1st round, aku bagi Akim 1st rank pasal dia sorang jer kot yang nyanyi sedap. Hafiz pun biasa jah, Isma nyanyi macam serupa tak payah nyanyi, Yazid aku pening dengan lagu yang macam pelik skit, Aril pulak macam over feeling. 2nd round, aku bagi Hafiz 1st rank pasal vocal and penghayatan dia better than others.

Yang aku down, bagi aku, ada budak yan
g suara dia sedap tapi dapat lagu, yang adO, contohnya, Yazid. Kesian lar pulak kat dia. Aku memang kurang senang tengok Yazid ni pasal rambut dia tu perlu digunting tapi dalam konsert tadi dia tukar fashion, nampak lebih kemas and lebih sedap mata memandang, better lar. Isma pulak, lagu Cinta Adam dan Hawa tu jadi macam nyanyian lagu kat karaoke Red Box jah (kantoi pernah pegi Red Box kan), macam practise kat karaoke. Aril tu pulak, macam ada unsur-unsur over tak bertempat, lagi-lagi bila nyanyi lagu Toksid berangan mende ntah. Akim memang down bila 2nd song, lagu Faizal Tahir, aku tak sure title dia Bercinta or Bencinta tapi waktu Akim nyanyi tu memang bukan menyanyi, tapi menjerit jah. Dah lar dok main tarik kain dengan pompuan 2 ekor tu, motif?

Aku dah target Hafiz menang since start concert eventhough aku tak follow dia. Sebabnyer? Pasal aku rasa dia naive and jujur untuk menang. Nampak lar dia all out and the effort to win tu, macam lar SM Islam Hidayah yang champ Interschool this year for BM category. Persamaan serentak di situ. Dalam keadaan-keadaan tertentu, kita kena humble and di sebalik sifat zuhud kita tu, Allah akan menganugerahkan sesuatu kepada k
ita, percayalah.

Hari ni gak, 16th May 2009, start Pertandingan Debat Perdana Integriti 2009 kat UTM, Skudai, Johor. Aku asalnya masuk team tapi disebabkan tournament yang sepatutnya berlangsung pada bulan February tu ditangguhkan ke May, aku terpaksa melupakan hasrat murni aku pasal aku kena buat attachment a.k.a practical and since aku pun dah lama tak balik rumah, mak aku mintak aku duduk rumah sepanjang practical tu, so aku pun apply lar nak buat kat Butterworth, Penang. Sebabnya? AIKOL ni gediks, bukan gediks apa, diorang hanya benarkan attachment tu buat kat town b
esar macam kat Kedah, hanya di Alor Setar, Perak pulak di Ipoh etc. So, tak dapatlah aku nak buat kat Kulim. Memandangkan Alor Setar lagi jauh daripada Butterworth dari Kulim, so aku pun apply lar court kat Butterworth. Dalam 30-35 minit perjalanan lar, naik kereta. So, tempat aku tu dah digantikan oleh Abg Jepp and Kak Arina (Zaki pun tak boleh join gak pasal dia pun ada practical kat Nilai)


So, 1st day Integriti, team UIAM 1 (Abg Jepp, Amal, Kajol, Kak Arina) menang 2 kalah 1. Menang dengan UNITEN 2 and UKM 1, kalah dengan UPM 2. Team UIAM 2 (Zack, Mek, Yobbi, Wan Gem) menang 1 kalah 2. Menang dengan UKM 1, kalah dengan UMS 2 and USM 1. Mungkin tekanan yang membuatkan diorang sedikit gusar dalam mencari rentak dan momentum untuk meneruskan perjuangan. Apa-apa hal pun, aku akan sentiasa mendoakan kejayaan team UIAM. Yang penting, layakkan diri ke knock out dulu, kalau dah masuk knock out tu, mulakan hari dan semangat baru. Banyak jah team yang semakin power bila masuk knock out eventhough waktu prelims lahar jah.

Besok 2nd day, 3 perlawanan lagi. Seingat aku lar, paling lahar untuk jadi top 8 untuk masuk quarter final, kena menang 4 kalah 2. Itu pun, kalau tak silap aku lar, bukan semua yang menang 4, tapi tak tau lar kan, mungkin jugak aku yang silap. Maknanya, UIAM 2 mesti menang dalam 3 perlawanan besok dan team UIAM 1 mesti menang semua dan kalau kalah pun, hanya 1 match besok. Kalau tak...tak berani nak cakap lar kan.


Reporter aku yang setia kat UTM i.e Wan Gem, Radzi, Redza, Kak Haneen akan terus update pasal Integriti 2009. Doakanlah UIAM dapat mara ke knock out dan seterusnya menghiasi pentas final setelah sekian lama sepi dari pentas final Integriti. Untuk rekod, 2005 UIAM johan, 2006 terkandas di suku akhir, 2007 tempat ke-3, tewas di semi final dengan UM, menang dengan UPM pada perlawanan tempat ke-3/ke-4, 2008 tewas di semi final dengan UNITEN. 2009? Moga-moga mengulangi pencapaian 2005. Untuk rekod, aku masuk tournament ni 2 tahun berturut-turut (2007 and 2008) and dua-dua kalah kat semi, dengan team yang berbeza, tapi jurulatih yang sama. Down....


Tapi aku sedar yang aku ni lahar, so memang deserve lar..huhuhu....(mood sedih)

Apa-apa hal pun, gOOd luck and all the best!!

Allah hanya akan membantu mereka yang berusaha...




Sunday, May 10, 2009

Insiden di Hari Ibu 2009

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni, 10hb Mei 2009, semua orang sedia maklum, merupakan Hari Ibu. Aku secara jujurnya tak reti nak celebrate Hari Ibu ni, pasal bagi aku, secara peribadi, untuk menghargai seseorang, tidak perlu ada hari-hari tertentu kerana setiap hari, mak (gelaran yang aku bagi untuk ibu aku) perlu dihormati dan disayangi. Kalau ya pun nak celebrate, birthday mak aku (8th November 1957). Anyway, Selamat Hari Ibu untuk semua ibu/mak/mama/umi di seluruh dunia.
Mak and Aiman, adik aku yang bongsu, kat Carrefour Seberang Jaya..


Mak aku ni, bagi aku secara peribadi, sangat tabah dan sangat kuat. Ayah dah hampir 3 tahun tak dak, mak lar yang sibuk mencari nafkah untuk kami sekeluarga. Mak jugak lar yang susah payah cari duit untuk tampung kehidupan kami 4 adik beradik, sampai kakak aku pun selamat melangsungkan perkahwinan hujung tahun lepas. Alhamdulillah. Hanya Allah yang mampu membalas jasa baik seorang insan yang bergelar emak ni. Sama-samlah kita semua menjaga hati dan perasaan ibu/emak/mama kita, usah dilukakan hati mereka, kelak tidak aman hidup kita, baik di dunia, mahupun di akhirat sana.

Puan Yusriyah bt Che Yaacob, mak aku...


Nak dijadikan cerita, hari ni, mak nak bawak aku pegi Jabatan Pendaftaran Selama (daerah yang berhampiran dengan Kulim tapi dekat 15-20 minit perjalanan lar), pasal nak buat IC baru aku. IC aku lembik semacam, so kalau nak bukak account kat bank tak approve pasal machine tu tak boleh identify cip kat IC tu. So, kitorang gerak dari rumah dalam 2.30 petang, dalam perjalanan, kira-kira 5 km lagi nak sampai, nak dijadikan cerita, aku yang bawak kereta, aku dengar bunyi pelik bila tekan minyak. Then, mak suruh stop kereta tepi jalan, keluarlah asap dari depan kereta. Cuak geLL aku!!

So, mak pun kelam kabut call mechanic, tow car semua. Dekat 30 minit gak lar tunggu, tow car sampai. Tapi memang panas sungguh lar bila dok tunggu tow car tu. Nak dijadikan cerita, tempat aku berhentikan kereta tu, dekat area ladang kelapa sawit. Selamatlah tempat tu ada coverage Maxis, kalau tak dak line, yang adO, macam mana nak contact tow car semua? Huhuhu.. Inilah namanya Insiden di Hari Ibu 2009..






Tuesday, May 5, 2009

Interschool 2009 dan Program Sangkutan....

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Interschool 2009 dah berakhir since 29hb April 2009. Johan bagi kategor Bahasa Melayu: Sekolah Menengan Islam Hidayah, JB and naib johan: STAR. For English category, SMK Greenroad telah ditabalkan sebagai johan dan SM Islam Hidayah muncul sebagai naib johan. Tahniah kepada semua pemenang!!



MCKK macam mana? BM 1st team kalah dengan SBPI Kubang Pasu kat double octo, 2nd team tak break to knock out pun. English 1st team kalah dengan SMK Greenroad kat octo, 2nd team pun sama, tak break to knock out. Mudahnya untuk menggambarkan nasib MCKK dis year (setakat ni lar kan), tak dak rezeki. Kenapa tak dak rezeki? Ada orang tak berkat? Duit tak halal? Niat tak betul? Ada orang yang tak berusaha? Usaha tak cukup? Itu biarlah Allah yang Lebih Mengetahui. Kita sesama manusia ni, nilai apa yang kita nampak jer lah. Tapi bagi yang tau tu, tau jer lah. Tapi aku takkan bagitau kat sini. Kat sini aku attach lar skit gambar-gambar diorang sepanjang tournament (tapi gambar di sebalik tabir jer lar). Bukan apa, aku mana sempat nak lepak dengan diorang waktu tournament, malam jer lar sempat tanya khabar. Itu pun kena mintak tolong Pojie and Bean. Huhuhu...









So, untuk kitorang committee Interschool ni, memang penat abis lar. Siap aku pertama kali sepanjang sejarah penglibatan dalam Interschool, kali ni aku demam panas bila masuk hari ke-3. Tak tau kenapa. Selamat ada Pojie yang diva ubat, semua ubat di atas muka bumi ni dia ada, dia lar yang dok paksa aku makan ubat demam and selsema. So, towards the end, aku semakin sihat tapi tak fit untuk buat semua keje-keje PC, nasib baik lar Zack selaku assistant head comm PC ada untuk back up and Alhamdulillah, dia memang boleh diharap. Betapa tak laratnya aku bila demam tu, Allah jer yang tau, siap tak boleh bukak mata ni. Badan punya panas siap terasa bahang bagi sesiapa yang sentuh kulit aku. Dahsat ok!! Yang gambar-gambar aku attach ni, banyak gambar before aku demam, so tu yang sempat senyum semua lagi. Yang gambar pakai blazer tu, waktu dinner, dah demam tapi semakin ok cuma muka tak larat lar.

Komen aku pasal penganjuran kali ni, aku rasa 1 cabaran yang sangat besar untuk kitorang semua lagi-lagi committee catering and welfare pasal nak dijadikan cerita, nauzubillahiminzalik, berlakulah krisis keracunan makanan, atau nama manjanya 'cibi'. Bukan participants ad cikgu jah kena, committee pun ramai yang kena, termasuklah aku sendiri. Yang adO!! Nak dijadikan cerita, before demo debate hari Sabtu tu, right before demo, tiba-tiba aku diserang sakit perut yang sangat dahsat!! So, memang demo tu aku tak sedap perut, teremos sekejap and tengah-tengah debate tu terkeluar mood garang. Maaflah kepada semua yang tidak senang dengan gaya aku debate demo hari tu. Bukan sengaja tapi terpaksa dek kerna perut yang memulas. Caterer yang serve food sampai jadi kes cibi ni dah dikenalpasti. Bagi pihak UIAM, saya nak mintak maaf kepada mana-mana sekolah yang cikgu dan pesertanya cibi. Janganlah serik untuk datang ke Interschool lagi di tahun-tahun yang akan datang dek kerna kes cibi ini. Insya Allah, perkara sebegini tidak akan berulang lagi.

Kualiti pasukan this year, yang aku tengok, macam berlaku penurunan kualiti yang sangat dahsat. Hatta debate knock out rounds pun tak macam knock out, macam 1st, 2nd round prelims jah. Lawan-lawan manja. Tak tau lar pulak dengan 100 teams ni, 6 rounds for prelims tak cukup untuk tolak team terkuat ke atas ke apa tapi overall, macam tu lar. Lahar. Final tu pun, dengan persembahan yang sebgitu, kes pulak, ada yang bagus contoh macam hujah SM Islam Hidayah yang berkaitan dengan undang-undang untuk mengawal media kerana media merupakan medium yang banyak mempengaruhi pemikiran remaja, ok lar, agak out of the box lar. Yang dahsatnya, analisis pembuktian STAR, jawapan terbaik adalah sikap pesalah undang-undang itu sendiri. Motif?? Aku malas nak komen dah. Cuma, bagi sesiapa yang terbaca nukilan blog ni, nasihat aku, banykkanlah membaca. Berhentilah mengarut. Itu sahaja.

Pasal budak matrix yang jadi committee pulak (jadi ke?), bagi yang sungguh-sungguh jadi committee hari tu, terima kasih banyak-banyak. Bagi yang lebih mementingkan kerjaya selaku part-timer, lantak korang lar. Aku dah malas nak tegur. Tegur pun bukan ikut pun. Hatta nak suruh demo debate depan usher pun tak nak, bagi alasan 'dah senior, suruh lar budak mtrx lain, dia dah masuk gombak', sedangkan, nombor mtrx Gombak pun tak dak lagi, tak tau lar apa nak jadi Tau lar penganjuran program di mtrx sangat merletOp kan, Dean's Cup pun boleh tak dak committee? Siap mintak budak Gombak yang tolong jadi commitee, 'cemerlang' sangat kan? Lepas tu orang nak ajar waktu interschool, tak nak datang, alasan kerja, sampai kiamatpun kau tak kan pandai handle program. Bukan sorang jer yang dimaksudkan ni, adalah beberapa orang. So, pandai-pandai lar nak pikir sendiri. Kalau waktu macam ni tak boleh nak belajar untuk berkorban demi kepentingan bersama, tak tau lar dalam kehidupan di masa depan, boleh ke dia jadi manusia yang boleh bekerjasama dan tidak bersifat individualistik.

Bo and Wan Gem: kat Pizza Hut waktu preparation period pasal Wan Gem kebulur nak makan pizza. Tertipu dengan gambar muffin dalam menu, bila dah dapat muffin tu, yang adO!!



Fifi (purple) and Abe Haq. Punyer tension sampai main Saidina (ada lagi ke orang main Saidina zaman-zaman sub-prime crisis ni?)

Fifi and Mimi- kira duit 'suap' catering lar tu. Tu yang ramai 'cibi' tu. Hahaha..









Hari Isnin lepas, aku start program attachment aku kat Mahkamah Majistret/ Sesyen Butterworth. Ya Rabbi, 1st day tu agak lar buhsan. Tengok-tengok file. 2nd day, tadi best skit kot pasal aku diberi keje oleh En Arif untuk bukak file, kiranya buat keje lar, ada lar keje skit untuk aku buat. Lepas tu, petang tadi, ofis pulak kosong. Memang mengantuk geLL lar. Hampir tersengguk aku, tapi pandai-pandai lar cover kan. 1st day aku blur lagi kat tempat tu, tak biasa. So aku makan lar kat kedai sebelag court tu, agak lar mahal and tak sedap. Gambar aku attach kat bawah ni. Nampak menarik tapi tak sedap!! 2nd day, aku dah tau kat mana canteen dia, ok lar, makan nasi kat situ tapi agak mahal jugak lar sebenarnya. Tak pa lah, pengalaman bekerja. Huhuhu...


Muka buhsan kat kedai....

View dari Level 4...dekat dengan laut


Pemandangan dari surau...